Meskipun mendapat tentangan hebat daripada golongan pemandu teksi, itu tidak menjadikan Grab lemah. Mendapat sokongan yang sangat kuat daripada pengguna yang lebih mementingkan keselesaan, kini Grab selangkah maju kehadapan apabila kini mereka telah berjaya menerima suntikan dana bernilai USD200 juta (RM830 juta) daripada pemilik laman perkhidmatan tempahan booking.com iaitu Booking Holdings.

Pelaburan besaryang diterima oleh Grab ini sekaligus telah meningkatkan jumlah dana yang mereka ada sepanjang tahun ini kepada USD2 bilion.

Berdasarkan laporan mengenai jumlah pelaburan yang pernah diterima oleh Grab pada tahun ini, nilai pelaburan tertinggi yang diterima oleh mereka adalah daripada salah sebuah syarikat permotoran terkemuka dunia, iaitu Toyota dengan nilai pelaburan sebanyak USD1bilion.

Pihak Booking ketika memberi sedikit ulasan mengenai pelaburan ini berkata, platform perkhidmatan tempahan hotel dan homestay yang menjadi model perniagaan mereka sekarang ini bakal diintegrasikan dengan mod pembayaran Grab Pay bagi pelanggan yang ingin menempah. Dalam masa yang sama, iklan Booking juga kemungkinan bakal dipaparkan aplikasi e-hailing tersebut.

Baca juga  Tiada Lagi Set Kotak Unifi TV Percuma Kepada Pelanggan Baharu TM Unifi Bermula Januari Ini

Dengan penerimaan jumlah dana yang tinggi ini secara tidak langsung membolehkan Grab meningkatkan servis mereka dengan menambah bilangan pekerja serta fasiliti dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan mereka. Dan hingga ke hari ini, Grab sendiri telah pun berjaya menguasai industri e-hailing di beberapa buah negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini