Pemanduan kereta dengan kelajuan yang tinggi adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada kes-kes kemalangan. Di Malaysia, walaupun had laju di lebih raya ditetapkan kepada 110km/j, namun ada segelintir pemandu yang tidak menghiraukan larangan tersebut dengan memandu melebihi had dek kerana kemampuan kereta mereka yang berkuasa tinggi mampu melampauai tetapan halaju yang dikeluarkan.

Maka disebabkan faktor ini, Volvo iaitu salah sebuah syarikat pengeluar kereta terkemuka di dunia bercadang untuk menetapkan halaju maksimum pada kereta keluaran mereka kepada 180 km/j sahaja menjelang tahun 2020.

Seperti yang diketahui umum, Volvo dikenali sebagai antara pengeluar kereta paling selamat di dunia kerana penggunaan kepelbagaian teknologi keselamatan yang terbina didalam kereta keluaran mereka. Namun ianya tidak berguna sama sekali sekiranya kenderaan dipandu terlalu laju. Cadangan halaju maksimum ini dikeluarkan selepas kajian yang dibuat mendapati kelajuan tinggi adalah penyebab utama kematian.

Disamping halaju maksimum itu, antara cadangan lain yang Volvo sedang pertimbangkan untuk digunapakai dalam kenderaan keluaran mereka selepas ini adalah kombinasi sistem panduan pintar serta geopagar yang secara automatik mengurangkan kelajuan kenderaan apabila memasuki kawasan sekolah atau hospital.

Baca juga  100,000 Telefon Percuma Untuk Pelanggan Celcom. Jom Serbu Celcom!

Nota: Satu usaha yang murni bagi pihak Volvo untuk mengurangkan kes kemalangan yang berpunca daripada pemanduan yang terlalu laju. Satu contoh lagi yang bagus untuk kita ikuti, dimana di Abu Dhabi, setiap kereta dipasang dengan alat bunyian “beep” seperti alarm yang akan berbunyi setiap kali kereta dipandu melebihi had laju. Jika tidak mahu rasa terganggu, sila patuhi halaju yang ditetapkan. 🙂

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini