“Hai Proton” – Proton Keluarkan Kereta Konsep Dengan Sistem Kawalan Suara


Teknologi berkembang seiring dengan perubahan zaman. Dalam industri pembuatan kereta, kalau sebelum ini kita dapat melihat banyak kereta yang dibina lebih memfokuskan kepada teknologi hijau. Namun kini, pengeluar kereta berlumba-lumba untuk menghasilkan kereta yang menggunakan sistem pintar pula.

Tidak terkecuali lambang kemegahan rakyat Malaysia suatu ketika dulu, Proton, apabila baru-baru ini mereka dengan hasil kerjasama dengan syarikat Geely yang merupakan pemegang saham terbesar pengeluar kereta nasional itu telah mengeluarkan sebuah kereta konsep yang mampu menyokong kawalan berasaskan suara.

Didalam video yang dirakamkan diatas, dapat dilihat Tun Dr Mahathir iaitu PM yang ke-7 bersama salah seorang pelajar sedang menguji fungsi kawalan tersebut dimana secara jelasnya dapat kita dengar ia menggunakan input arahan “Hai Proton”, kemudian diikuti dengan beberapa skrip arahan yang membolehkan sistem pintar itu melakukan beberapa perkara seperti menurunkan dan menaikkan tingkap pada bahagian pemandu, membuka sunroof (atap), memasang sunshade (pelindung matahari) dan sebagainya.

Secara dasarnya kereta ini masih diperingkat konsep sahaja yang mana ia tidak dapat dipastikan sekiranya teknologi ini akan terus dibangunkan dan digunapakai dalam kenderaan seharian yang dikeluarkan oleh Proton suatu hari nanti. Namun, kami di OHSEMPOI yakin sekiranya sistem ini diintegrasikan dalam pengeluaran kereta-kereta yang akan datang, sudah semestinya ia menjadi rebutan pengguna.

Baca juga  Kelebihan dan kelainan applikasi Telegram berbanding WhatsApp
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini