#1 SOLAT

Kalau sebelum ni tidak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggalkan solat dan sentiasalah solat di awal waktu…tapi kalau anda masih sama, masih bawak perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung di dalam rumahtangga yg akan didirikan, maka rumahtangga tu tidak akan dapat bertahan lama…sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia…

#2 KERJA

Bila nak kawin, pastikan anda dah ada pekerjaan yg stabil, yang mana anda selesa di situ dan bakal berkhidmat di situ utk satu tempoh yg tertentu…nak bela anak org, nak jaga anak org, kerja tak boleh ikut suka, tak boleh keje sekejap, berhenti, pastu menganggur sehingga dapat keje yg sesuai, yang ikut citarasa anda sendiri…Tak boleh begitu kerana kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan menggunakan pendapatan tersebut. Jadi, pastikan anda mempunyai karier yang stabil dan pendapatan bulanan yg tetap terlebih dahulu.

#3 PERANGAI BUJANG

Perangai bujang ni banyak jika nak disenaraikan…merempit, melepak, kluar umah ikut suka, balik umah ikut suka dan sebagainya…

Maka anda perlu ubah semua itu, perlu ubah gaya hidup anda ke arah lebih baik. Kurangkan masa melepak, keluar rumah hanya pada masa yang sesuai dan balik rumah sebelum lewat malam. Didiklah diri untuk selesa dengan amalan sebegitu supaya bila anda dah berkahwin, tidak lagi cenderung untuk berperangai seperti anda bujang.

#4 BELAJAR MENGEMAS

Jangan terus letak dalam minda yang kerja-kerja di rumah adalah kerja isteri sahaja. Anda sebagai lelaki juga perlu tahu untuk melakukan kerja-kerja rumah in

Baca juga  Dividen ASB 7.00 sen seunit, ASN 3.25 sen seunit.

Anda perlu tahu cara menyapu smpah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila anda sudah berkahwin, anda masih boleh teruskan rutin ini. Apabila dah selalu buat, percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebaanyak 50% dan lelaki nampak macho jika tahu utk buat kerja-kerja comel ini.

#5 BERHENTI JADI BUAYA DARAT

Sebelum berkahwin, mungkin anda mempunyai ramai kawan perempuan. Semua anda keep in touch, berhubung, berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama “kawan”…

Namun, bila anda sudah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan tanpa alasan kukuh. Semua pergaulan perlu dijaga. Walaupun dia itu hanya seorang KAWAN SAHAJA. Langkah terbaik, elakkan berhubung rapat dengan bukan mahram. Apabila dua jantina berdua-dua, pasti ada makhluk ketiga iaitu syaitan.

Perkahwinan merupakan ikatan yg suci, yg menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempua.

Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan 1 tanggungjawab dan 1 amanah untuk anda pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yg diciptakan dari rusuk kiri yg bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yg diredhai Allah s.w.t…

Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumahtangga…

Kredit : Peguam Syarie Khidmat Masyarakat

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini