Hikayat Benladin, Lagu Balas Malique Kepada Altimet?

  • 11
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nama Benladin kian menjadi sebutan ramai kerana baru-baru ini muncul dengan video lagu baru yang bertajuk Hikayat Benladin. Lagu tersebut yang kini tersenarai sabagai salah satu lagu trending di Youtube, merupakan karya terbaru daripada komposer dan penyanyi rap, Malique dan Dedeq.

Melalui liriknya yang sangat puitis dan mempunyai maksud yang mendalam, tidak hairan lagu nyanyian anak murid Malique ini mendapat pujian ramai.

Namun disebalik nyanyian lagu oleh penyanyi berusia 17 tahun ini, difahamkan bahawa lagu Hikayat Benladin ini mempunyai makna tersirat yang bertujuan untuk membalas balik lagu Mambang yang dinyanyikan oleh Altimet.

Bait lagu “Mereka keluar masuk gua, Mencuba mencari dimana ada, Mencuba meneka dimana saya, Mata kasar takkan dapat jumpa” dilihat menjawab secara berkias akan persoalan Altimet, kerana sebelum ini didalam lagu Mambang ada persoalan dimanakah mambang yang kedengaran suara tetapi tidak kelihatan kelibatnya.

Jadi, persoalannya disini adakah benar lagu ini ditujukan kepada Altimet? Atau ianya dihasilkan secara kebetulan? Wallahualam.

Video rasmi lagu ini dimuat naik oleh Sony Music Malaysia, dan ia juga boleh didengari di aplikasi Spotify.

Lirik penuh lagu Hikayat Benladin

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin

Suara dah bergema
Suara sakti hamba
Dalam gelombang bawa aura ke udara
Separa manusia separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata pujangga
Kalau main api janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang biar terang dengan betul
Jangan jadi arang jadi arang buat kotor
Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi definisi gergasi
Terhasil dari experimentasi radiasi bunyi

Baca juga  10 fakta tentang Malaysia yang menarik untuk kita tahu

Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan mengata yang bukan-bukan
Nenek tua si bongkok tiga
Cubalah nenek cari cucu dimana ada

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin

Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong

Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandai lah tanggung binasa perbuatan
Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan perkara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut
Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Ben Ladin mengundurkan diri

Putih-putih melati ali baba
Merah-merah mawarnya si norsiah
Jika diikutkan rasa kassim baba
Kelak akhirnya berputih mata

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin

Putih-putih melati ali baba
Merah-merah mawarnya si norsiah
Jika diikutkan rasa kassim baba
Kelak akhirnya berputih mata

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 11
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini