Selalunya bila teknologi sains fiksyen didalam sesebuah filem dipertayangkan, ianya adalah jauh perbezaannya daripada dunia realiti. Namun, sudahkah anda melihat filem Ant-Man? Jika ya, mesti ada yang tertanya-tanya apakah ‘quantum realm‘ yang dipaparkan dalam filem ‘Ant-man & The Wasp’ itu adalah satu satu benda yang betul-betul wujud ke ataupun sekadar fantasi?
Jawapannya benda betul.
Jika mengikut terjemahan DBP, ‘realm’ bermaksud ‘alam’ ataupun ‘wilayah’. Jadi disini, maksud ‘quantum realm‘ adalah alam kuantum. Selalunya disebut dunia kuantum ataupun ‘quantum world‘.
Apa itu dunia kuantum?
Dunia kuantum adalah dunia yang paling kecil. Iaitu dunia berskala nano sehinggalah berskala Planck. Skala Planck adalah skala paling kecil di alam ini (berkali ganda kecil berbanding mikro).
Dunia kuantum ini apabila dikatakan terlalu kecil sehinggakan ianya tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Malah, ianya berkali ganda lebih kecil daripada semut.
Jadi, apa yang istimewanya dunia kuantum ini?
Dunia kuantum dibezakan dengan dunia kita kerana hukum fizik di dunia kuantum tidak menyamai hukum fizik di dunia kita yang sebenar. Hukum-hukum Newton ataupun hukum-hukum klasik yang lain tidak terpakai di dunia kuantum kerana realiti di dunia kuantum tak sama dengan dunia kita.
Didunia kuantum banyak fenomena dan kejadian pelik berlaku yang tak dapat kita bayangkan. Malah di dunia kuantum, satu zarah (particle) boleh berada di banyak tempat dalam masa yang sama. Sebagai contoh; kalau seekor kucing duduk dalam dunia kuantum, dia boleh hidup dan mati dalam masa yang sama. Kucing A dan kucing B juga boleh berkomunikasi dalam jarak yang sangat jauh, malah boleh berkomunikasi melebihi kelajuan cahaya.
Ini antara punca Einstein tidak menyukai dunia kuantum kerana ia melanggar hukum relativiti khas-nya.
Dunia kuantum adalah asas ataupun teras realiti kita. Dengan erti kata lain, alam semesta ini terbina asasnya daripada dunia kuantum. Foundation of all creation.
Jadi, realiti yang kita lihat sekarang, bukanlah realiti yang hakikat kerana hakikatnya terletak di dunia kuantum yang manusia masih belum fahami sepenuhnya.
Realiti dalam dunia kuantum boleh berlaku bermacam-macam perkara dalam satu masa. Misalnya, kucing boleh jadi anjing ataupun manusia dalam satu masa. Pendek kata, realiti yang tak pernah wujud pun boleh wujud dalam satu masa.
Dunia kuantum ini juga, salah satu tafsirannya, adalah punca kelahiran dunia-dunia selari (multiverse). Setiap pilihan yang dimiliki oleh manusia, akan melahirkan dunia-dunia selari yang baru.
Jadi, timbulnya watak Ant-man jika dia masuk ke dunia kuantum, dia boleh buat perkara-perkara yang superhero lain tak boleh buat. Dia boleh ubah realiti, malah dia boleh ubah hukum fizik.
Seorang ahli fizik yang menyelia filem Ant-man ini, iaitu Spyridon Michalakis pernah berkata, “Superman may be powerful, but he wouldn’t stand a chance against Ant-Man.”
Dunia kuantum telah dibuktikan dengan beribu-ribu eksperimen. Bukannya secara lagi teori. Antara teknologi di dunia realiti kita sekarang yang boleh diperhatikan adalah, laser, transistor, electron microscope, MRI, LED, WiFi, Bluetooth, flash memory chip, solar energy, super-conductor dan bermacam-macam lagi.
Pendek kata.. Quantum world is real!
By the way, sekiranya anda keliru. Kucing di atas adalah sekadar contoh sahaja. Dalam dunia kuantum sebenarnya tiada life-form. Yang ada cuma zarah-zarah dan gelombang. Zarah-zarah ini pun berkelakuan pelik seperti disebutkan di atas.
Sekiranya anda mempunyai soalan dimanakah itu dunia kuantum?
Ia adalah dunia-dunia atom, zarah, proton, neutron. Ia berada di mana-mana sahaja.