Main kutu simpanan wang merupakan kaedah tradisional bagi mengumpul wang untuk tujuan tertentu. Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

“Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

“Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama,”

Main kutu biasanya dianjurkan atas persetujuan bersama dan dikalangan mereka yang dikenali sahaja. Ada antaranya yang bermain kutu barang dimana wang yang diperolehi akan digunakan untuk membeli barang tertentu yang bernilai tinggi. Ia seperti membeli secara ansuran tetapi melalui saluran yang tidak dibenarkan disisi undang-undang Malaysia.

Baca juga  Apa yang anda perlu tahu sebelum membuat defect inspection di rumah baru

Undang-undang ini ditetapkan bagi melindungi semua pihak agar tidak tertipu dengan mana-mana penganjur.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini