Setiap ibu yang bakal melahirkan anak pasti mengimpikan melalui proses itu di hospital yang selesa dan dibantu oleh doktor pakar dan jururawat yang mesra dan berkemahiran tinggi. Paling penting, suami tersayang sentiasa berada di sisi setiap masa.

Kebanyakan hospital swasta membenarkan si suami menemani isteri setiap masa ketika proses bersalin. Ini antara sebab utama ramai pasangan memilih untuk bersalin di hospital swasta, selain daripada boleh memilih doktor yang menyambut kelahiran bayi mereka.

Namun, kos yang lebih tinggi menjadi cabaran kepada mereka untuk bersalin di hospital swasta yang lebih selesa. Jika syarikat suami/isteri menampung kos bersalin di hospital swasta, itu harus disyukiri. Jika tidak, terpaksalah mengeluarkan bajet sendiri.

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Semua mampu menikmati pakej bersalin di hospital swasta yang menawarkan fasiliti persis di hotel mewah sekiranya bijak merancang.

Di sini, kami kongsikan tips dan pengalaman seorang ibu muda, Irine Nadia melahirkan anak di Avisena Specialist Hospital yang kini dikenali sebagai Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital.

Disebabkan ramai yang request untuk Irine berceritakan pengalaman Irine bersalin di Hospital Avisena Shah Alam, jadi irine nak curik-curik masa nak update tentang pengalaman berharga ni. Kiranya entry ni Irine hasilkan atas permintaan followers Irine di blog, Facebook dan Instagram. 

Ok 1st, ayat yang paling ramai akan cakap, “ada duit, boleh laa bersalin di hospital Swasta”.

BUAT TABUNG SAVING KHAS UNTUK BERSALIN

Ni memang ayat paling common lah paling Irine selalu dapat.hehe. Tapi kalau nak tau pengalaman Irine sendiri sebagai rakyat marhaen biasa-biasa ni, sebabkan Irine memang dah target nak bersalin di hospital yang lebih selesa, jadi Irine memang dah buat dan sediakan tabung saving khas untuk Irine nak bersalin. Haaaa macam mana tu? 

Ceritanya begini, setiap kali Irine dapat tau je Irine pregnant, detect positive, maka bermulalah di situ wujudnya tabung khas untuk kumpul duit untuk cost bersalin. Irine pun bukanlah sedegebuk bayar, tapi sepanjang 9 bulan mengandung tu, memang menabung sebab tak nak nampak macam duit tu senang-senang keluar macam air.haha.

Kita nak bersalin di tempat yang selesa, jadi Irine pun ambil inisiatif usaha dengan cara, asingkan siap-siap duit dalam tabung khas demi nak bersalin selesa. Tapi ingat tau, janganlah paksa diri, kita buat as kemampuan je. Tiada paksaan, sekadar bercerita pengalaman macam mana Irine uruskan kewangan dan cost untuk bersalin di private.

SEBAB PILIH AVISENA?

Kenapa dekat Avisena? 1st of course sebab sekangkang kera jaraknya dengan rumah.heheh. Ya Allah, Irine rasa bersyukurlah part ni sebab takde rasa risau setiap kali dah sarat pregnant, tiba-tiba terjadi incident sakit contraction nak beranak tengah-tengah malam. Sebabnya, memang boleh terus start enjin kereta, menuju terus ke hospital time tu jugak! Bag keperluan Irine dan baby bawak ke hospital dah tak perlu risau sebab Irine memang dah sediakan siap-siap since 35 weeks pregnancy. Letak dalam kereta senang apa-apa hal terjadi. 

Doctor pun memang dah pesan siap-siap, andai kata kalau rasa sakit nak bersalin, sampai je hospital terus je masuk bahagian EMERGENCY. Nanti staff hospital akan layan kita dan sediakan wheel chair kalau tak larat dan sakit untuk berjalan.

Anak ke-4 Irine Nadia

Irine memang suka sangat dengan layanan staff Avisena. Of course salah satu sebab utama Irine masih setia bersalin di Avisena untuk anak no 4 sebabkan layanan yang cukup besttt dan selesa masa anak yang no 3. Repeat customer datang balik mestilah disebabkan best service kan? hehe.

Dan sebab utama Irine nak bersalin di sini selain dekat dengan rumah, adalah sebab Irine nak bersalin dengan doctor perempuan ๐Ÿ™‚ Alhamdulillah, setakat 4x bersalin memang doctor perempuan yang sambut kelahiran anak Irine. Dan bila di Avisena pula, apa yang Irine boleh salute sepanjang Irine check up dengan doctor, nurse semuanya dalam kalangan PEREMPUAN. Jarang lah Irine nampak kaum-kaum lelaki ni dekat bahagian ward O&G. Kalau ada pun, nampak dekat pintu masuk hospital.

NURSE DI AVISENA SANGAT BAIK, BORAK MACAM KAWAN-KAWAN.

Nurse-nurse pun boleh Irine cakap memang cukup baik, cukup merendahkan suara bila nak bercakap dengan patient. Irine ni sejenis hati tisu, memang tak boleh kalau ada sesiapa cakap dalam nada yang kasar-kasar. Nurse-nurse dekat Avisena expecially di ward O&G, layan patient dengan lemah lembut.  Hati seorang ibu yang tengah pregnant ni, emosi dia berkali-kali ganda SENSITIFFFF u know. haha. Memang Irine mengaku tiap kali nak datang check up appointment monthly masa pregnant dekat Avisena, sangat-sangat EXCITED! Kadang macam menghitung hari, ala-ala countdown gitu bila lah next appointment.  

Nurse baik sampaikan ada beberapa yang Irine boleh borak macam kawan-kawan. Tak rasa kekok, tak rasa segan nak bagitau apa-apa. Layanan Doctor pula macam mana? Haaaa ni paling ramai nak tau kan. 

Irine ada 2x pengalaman bersalin dan check up dengan dua doctor yang berbeza. Kenapa Irine tukar-tukar doctor pulak? Kenapa tak stick dengan doctor yang sebelum tu?

Sebabnya Irine nak tukar pengalaman.hehe Bukan bermakna tak bagus, tapi apa salahnya tukar doctor yang lain. Doctor bersalin masa anak no 3 dan no 4 both of them sangatlahhhh berkepribadian seorang ibu yerr! Soft spoken, friendly, dan layan kita dengan penuh extra kasih sayang. Excited nak jumpa doctor sebab doctor ni lah yang jaga Irine daripada sekecik-kecik kandungan baru detect positive, menganjak ke fasa-fasa 1st,2nd, dan 3rd trimester sehinggalah proses bersalin pun!  Maksudnya di sini, Irine checkup dengan doctor yang sama semasa pregnant sampailah bersalin pun doctor yang sama sambut kelahiran anak Irine.

Dekat Hospital Avisena kita boleh pilih doctor tak? Boleh pilih doctor perempuan tak?

YES BOLEH! Ikut kita lah nak pilih doctor yang mana.hehe.

DOKTOR MUDAH BERTOLAK ANSUR, TAK RASA STRESS LANGSUNG MENGANDUNG!

Antara sebab lain Irine suka dengan service doctor di Avisena adalah disebabkan doctornya mudah bertolak ansur dengan patient. Macam mana pulak tu? Haaa maksudnya gini, Irine kan ada history bersalin ceaser masa anak pertama, jadi risiko utk bersalin ceaser utk next anak masih ada lagi. Tapi walaupun macam tu, Irine ada birth plan Irine sendiri. Contohnya, Irine memang nak try selagi boleh bersalin normal, doctor pun faham dengan situasi Irine and YESSS doctor sangat support keputusan Irine. Takde langsung sikit pun perasaan doctor cuba menakut-nakutkan Irine berbanding sesetengah hospital yang lain. Malah lagi dia yakinkan kita ada lah. InshaAllah boleh bersalin normal nii. Doctor di Avisena respect dengan apa yang kita nak, kecuali kalau ada atas-atas sebab tertentu tak boleh elak, baru lah ada next plan yang semestinya mereka lagi pakar tahu yang terbaik untuk kita. 

Pakej bersalin Avisena berbaloi tak Irine? 

Ok bagi Irine pakej bersalin dekat sini standard macam hospital private yang lain.

Bagi Irine, pakej bersalin Avisena berbaloi lah dengan layanan mereka terhadap kita. Tak rasa stresss langsung mengandung. hehe.

Irine juga ada memaklumkan berita baik kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan anak.

Baca juga  9 kebaikan amalan meminum air lemon

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital – Khas Untuk Kaum Ibu dan Anak-anak

Bermula 6 Mei 2019, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH), hospital pakar terbaik di Shah Alam yang merupakan hospital pertama di Malaysia yang menawarkan penjagaan premier dan rawatan secara eksklusif untuk wanita dan kanak-kanak, akan beroperasi sepenuhnya di bangunan baru. AWCSH beroperasi di bangunan setinggi 19 tingkat dengan fasiliti hospital bertaraf dunia persis hotel bertaraf 5 bintang.

Bilik Single & Double Dengan Tema Rainforest, Carnival, Ocean and Flower

Bilik Single – Tema Carnival
Bilik Double – Tema Flower
Premier Suite

Bilik Suite yang paling luas dan direkabentuk dengan citarasa elegan dan mewah. Paling menarik perhatian kami, bilik ini dibina mengadap ke Taman Tasik Shah Alam dan Masjid Negeri Shah Alam.

Untuk details tentang bilik yang ditawarkan di AWCSH ini, bolehlah layari ROOM RATES.

KONSEP MIAMI VALLEY HOSPITAL

Bilik-bilik pesakit di AWCSH direka sedikit berbeza berbanding bilik rawatan di hospital lain. Katil pesakit juga disusun menghadap ke tingkap. Setiap bilik ini dipasti menerima cahaya matahari yang cukup pada setiap pagi. Cermin tingkap yang lebih besar daripada biasa direka khas untuk memastikan bilik cahaya matahari yang akan membantu proses penyembuhan pesakit secara semulajadi.

Konsep ini diilhamkan dari “Miami Valley Hospital”, satu-satunya hospital di Malaysia yang mempraktikkan konsep sebegini.

SERVIS LAIN DI AWCSH

Bercakap tentang SERVIS yang ditawarkan di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, bukan sekadar menawarkan pakej bersalin dengan harga yang kompetitif, tetapi pelbagai lagi. Antaranya, Paediatrics, Gynaecology, Fertility, Kemalangan & Kecemasan dan lain-lain.

Kami tertarik dengan Klinik Gigi Khas untuk kanak-kanak yang terletak di Tingkat 11. Segala kelengkapan dan peralatan yang digunakan di sini sangat unik.

Peralatan pergigian yang unik pasti menarik minat anak-anak untuk melakukan rawatan gigi.

Satu lagi fakta yang menarik perhatian kami. Baby Cot yang disediakan di AWCSH ini lebih panjang dari biasa. Ianya direka khas mengikut size orang dewasa. Kenapa?

Kerana AWCSH mementingkan keselesaan dan hubungan rapat antara ibu dan anak. Baby Cot dengan rekaan sebegini dapat memberi keselesaan untuk si ibu membelai dan tidur bersama si cilik di atas katil.

Consultation Room di AWCSH. Seolah-olah berjalan masuk ke dalam istana.

Antara kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di AWCSH adalah seperti cafe, kedai barangan kesihatan, buah-buahan, bunga dan farmasi bagi kemudahan para pelanggan jika mereka memerlukan sesuatu. 

Pendapat kami, AWCSH merupakan hospital pakar untuk wanita dan kanak-kanak persis hotel 5 bintang yang lengkap dengan fasiliti moden dan mewah di Shah Alam. Kami pasti, ini adalah hospital terbaik di Shah Alam pada hari ini.

Alamat AWCSH: No. 3, Jalan Perdagangan 14/4, Seksyen 14 (14.30 km)
40000 Shah Alam, Selangor.

Layari: http://avisena.com.my/awcsh/ untuk maklumat yang lebih lanjut.

Facebook: Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di Facebook,ย Twitter serta Telegram.

20 KOMEN

  1. Bolehlah save untuk next baby. Ada masa lagi ni. Pengalaman bersalin anak pertama masih trauma lagi, so harap kalau pilih hospital yang better servis tak adalah tinggal kesan mental.

  2. Cantik hospital ni, nampak selesa. Memang sesuailah untuk ibu2 yang baru melahirkan, ibu2 yg lepas melahirkan ni memang perlukan keselesaan dan ketenangan. Nanti sis rekomen le hospital ni kat sesiapa yang nak bersalin kat tempat selesa n cantik ni..suh diorg kumpul duit awal2

  3. Kalau hospital macam ni punya besar, cantik, selesa dan yang penting perkhidmatan pun terbaik siapa yang tak suka nak berdalin kat sini kan. Ada masa lagilah saya nak menabung untuk bersalin kat sini mana tahu ada rezeki nanti kan

  4. Teringin nak merasa pengalaman bersalin kat swsta. Bukan sebab apa, nak kan keselesaan dan layanan sebenarnya.
    Maklumlah, dalam keadaan sakit, tentu kita nak dilayan seeloknya kan.
    Apa apa pun, kerajaan atau swsta okay je.
    Cuma kita ikut pada bajet kemampuan.
    Dan tak stress.

  5. wow, best yer ibu yang dapat bersalin kat sini. nampak selesa dan mewah, bilik bertema macam ala-ala legoland dah aku tengok.hehe. kalau murah rezeki dan mampu, of course akan pilih bersalin dengan doktor perempuan dan tempat kondusif camni

  6. Suka sharing dari irine. Ibu muda tapi boleh handle anak ramai. Terserah pada kemampuan masing2. So far hospital gov pon ok layanan baik n suami pon keje gov so masih dapat kelas room. Save budget. Cuma checkup kandungan ena buat 2 2 sekali refer gov n private sebab details scan anak.

  7. tak macam hospital pun. ingat hotel tadi. selesa, mewah & ada privasi lagi. senang sikit orang nak datang melawat tak payah bersesak katil sebelah. masing-masing ada bilik sendiri. ibu pun selesa nak berehat

  8. Teringin juga nak bersalin dekat hospital swasta..nampaknya lepas ni kalau positif je, kene buat tabung la kan..hahahhaa..bolehlah jadikan avisena sebagai tempat salah satu pilihan berslain nanti..hehehee..cantik bilik dia..kalau tau doktor nurse kat sini elok, lagila suka

  9. Bestnyaa bersalin dekat swasta. Cx tak pernah pon. Hehe kalaua da rezeki, nak juga merasa. Rataยฒ kata best sebab servis mereka. Rasa selesa je. Tengok kawasan dan bilik dia pon tenang je. Hilang rasa gugup bersalin . Cx ni sejenis kalau pregnant, dia ada mslh sikit. Kalau tak pregnant, elok je hehe thanks share pengalaman! Sampai anak ke-4 ya bersalin dkt sini. Mmg betul puas hati tu hehe

  10. Suka Avisena ni , baby cot yg besar muat mama dengan bayi skali , x perlu risau bayi terjatuh, mama blh menyusu bayi dengan selesa kat katil baby cot. Suka sangat pertimbangan ni yg sangat praktikal kepada mama dan bayi! Terbaik!

  11. Bestnya kalu dapat bersalin kat hospital camni.. Rasa cam terpanggil nak kawen lg n feel mengandung lg.. Hehehe.. AM dah kawen lg nnti, nak request dgn bakal hubby bersalin kat sini.. Skrg masih mencari calon2 yg sesuai.. ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini