Berdasarkan kajian yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2014 mendapati punca utama golongan muda lambat kahwin adalah disebabkan oleh masalah kewangan (56%).
Masalah kewangan ini bermaksud tidak mampu menampung kos perkahwinan yang tinggi. Purata kos sesebuah majlis perkahwinan adalah sekitar RM50,000.
Disebabkan ini, timbul idea kreatif oleh blogger yang bernama Syahirah Sabri yang berkongsi idea bagaimana beliau berjimat dalam menguruskan majlis perkahwinannya yang dijangka berlangsung pada Ogos 2018. Idea beliau telah viral dah dikongsikan di beberapa platform social media.
Ini antara idea yang dikongsikan yang boleh mengurangkan kos penyediaan majlis perkahwinan. Ada banyak lagi idea yang dikongsikan beliau melalui akaun twitter @neyrashazeyra.