Ini Dia Video Dan Pencipta Sebenar Tarian #InMyFeelings Challenge

SYDNEY, AUSTRALIA - NOVEMBER 07: Drake performs at Qudos Bank Arena on November 7, 2017 in Sydney, Australia. (Photo by Lagerhaus/WireImage)

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah bermulanya fenomena tarian #InMyFeelings Challenge kan? Ala.. video orang menari sambil kejar kereta tu. Adakah ianya bermula daripada penyanyi asal lagu itu sendiri iaitu Drake? Ataukah ada individu lain yang menjadi puncanya?

Jawapannya, bukan Drake. Lagu itu sememangnya nyanyian drake. Tapi tarian #InMyFeelings itu dimulakan oleh individu yang dikenali sebagai Shiggy.

https://www.facebook.com/ohsemlagisempoi/videos/2135009960104181/

Melalui Twitter handle beliau yang bernama @theshiggster, Shiggy memulakan tarian itu ditepi jalan. Kemudian ia menjadi tular apabila ramai pengikutnya mula mengicau kembali video tarian tersebut yang secara tak langsung memulakan cabaran tarian ini.

Menariknya lagi, akibat daripada tularnya video tersebut, Shiggy sebagai individu yang bertanggungjawab membantu melonjakkan lagu tersebut kepada kedudukan teratas didalam carta billboard, telah menerima habuan sebanyak USD250k daripada penyanyi rap Kanada itu.

Good job Shiggy.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini