Inilah Visual Sebenar Bagi Seorang Yang Rabun Apabila Cermin Mata Ditanggalkan


Bagi orang yang tidak mempunyai masalah rabun, sudah semestinya mereka sering tertanya-tanya bagaimanakah perasaan ataupun apakah yang dapat dilihat daripada pandangan seseorang itu sekiranya cermin mata ditanggalkan daripada penggunaannya?

Menjawab kepada persoalan itu, Philip Barlow, seorang pelukis daripada Cape Town telah menghasilkan satu siri lukisan dimana ia jelas menunjukkan paparan visual yang dapat dilihat daripada penglihatan seorang yang mempunyai masalah rabun jauh (Miopia).

Jujurnya, sebahagian daripada kami di OHSEMPOI mempunyai masalah rabun ini. Justeru itu, kami mengesahkan apa yang dilukis ini adalah hampir tepat kepada apa yang kami lihat sekiranya cermin mata ditanggalkan, terutamanya jika ia dikaitkan dengan tahap rabun yang tinggi.

Kesian kan?

Punca rabun boleh dikaitkan dengan keturunan, malahan jika seseorang itu kerap membaca didalam suasana yang gelap atau banyak menghabiskan masa dengan gadget, turut boleh mengundang kepada permasalahan ini.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini