•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Perkhidmatan penstriman muzik kini semakin mendapat tempat dihati pengguna. Ini kerana kemudahan untuk mengakses ribuan lagu kini hanya terletak di hujung jari.

Antara yang mengambil pendekatan menawarkan aplikasi penstrimannya yang tersendiri adalah Apple melalui aplikasi Music. Melalui Music, pengguna hanya perlu membayar sejumlah yuran bulanan yang rendah untuk menikmati muzik yang berkualiti tinggi.

Sebelum ini pesaing kepada Apple iaitu Samsung, turut juga memiliki aplikasi penstriman muziknya yang tersendiri yang diberi nama Milk Music, namun perkhidmatan tersebut telah dihentikan mungkin atas sebab tidak mendapat sambutan daripada pengguna.

Namun begitu, tidak berhenti setakat itu sahaja, kini sebagai alternatif pihak Samsung mengumumkan kerjasama dengan pihak Spotify – iaitu penyedia perkhidmatan penstriman muzik terbesar dan popular dunia.

Melalui kerjasama ini, difahamkan pihak Samsung akan mula mengintegrasikan aplikasi Spotify kepada peranti-peranti keluaran mereka, sekaligus memudahkan pengguna menikmati kandungan muzik secara on the go.

Tidak diketahui sama ada wujudnya pakej istimewa yang akan diperkenalkan kepada pengguna Samsung melalui hasil kerjasama ini, namun yang pastinya integrasi aplikasi Spotify ini akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Baca juga  Nintendo Labo - Toy-Con 3: Vehicle Kit
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini