•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Lapangan terbang antarabangsa merupakan pintu masuk utama bagi kebanyakan negara di dunia ini.

Setiap pemerintah negara ingin membina lapangan terbangan yang gah di mata dunia, baik dari segi kemudahan fasiliti dan juga ciri-ciri keselamatan terkini.

Tanggal 29 Oktober 2018 lepas, adalah hari pelancaran pembukaan lapangan terbang yang ketiga di Istanbul iaitu Istanbul Grand Airport.

Pelancaran ini turut dihadiri oleh beberapa pemimpin seluruh dunia.
Istanbul Grand AirportTarikh 29 Oktober 2018 adalah bersempena dengan ulang tahun kerajaan Republik Turki yang ke-95.

Ia mampu menampung 114 aircraft pada masa yang sama, serta membuka peluang pekerjaan di Istanbul seramai 225,000 orang dan mempunyai sekitar 3,000 jadual penerbangan dalam sehari.

Lapangan terbang di dunia ini dijangka mampu menampung kapasiti penumpang lebih daripada 150 juta pengguna setiap tahun apabila expansion stage siap sepenuhnya.

Ia juga bakal dinaiktaraf sekiranya perlu dan berupaya memenuhi kapasiti 200 juta pengguna setiap tahun.

Istanbul Grand Airport

Istanbul Grand Airport ini terletak di Arnavutköy, Istanbul yang berada di bahagian Eropah, Istanbul.

Baca juga  Stress dan depress adalah berbeza. Apakah perbezaannya?

Lapangan terbang ini dibina oleh sepasukan artiket yang diketuai oleh London-based Grimshaw dan juga termasuklah arkitek daripada Nordic Office dan London Studio Haptic.

Cara yang terbaik untuk menggunakan pengangkutan awam ke Istanbul Grand Airport adalah:

1. Gunakan Airport Transfer daripada Hotel
2. Bus Havataş (Shuttle Bus) daripada IGA ke Taksim, daripada Taksim anda boleh menaiki tramvay ke Sultanahmet.

Jarak Istanbul Grand Airport ke Lokasi Kunjungan Utama.

Atatürk —> Sultanahmet 🕌 : 23.0 km
IGA —> Sultanahmet 🕌 : 47.8 km
IGA —> Point Hotel (Havataş) 48 km
Point Hotel (Tramvay) —> Sultanahmet 🕌 : 8 km (8 perhentian)

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini