Salam Jumaat.
Pagi ini kami ingin kongsikan satu video yang dihantar menerusi applikasi Whatsapp. Memang menjadi rutin di group whatsapp tersebut di setiap pagi akan kami hantarkan posting berbentuk tazkirah buat ingatan rakan-rakan.
Tadi seorang rakan menghantar klip video ini (sila mainkan video di atas tajuk). Video ini adalah rakaman daripada penceramah bebas dan ulama’ dari Indonesia yang tidak asing lagi, Ustaz Abdul Somad.
Anda boleh tengok sendiri video tersebut. Videonya pendek tapi sangat terkesan.
Kami sediakan sedikit ringkasan daripada klip video tersebut bagi yang malas atau tak sempat nak tengok.
Ustaz kata, kalau kita ada kawan yang selalu nasihatkan kita, ajak kita ke arah kebaikan, pegang kawan kita tu. Maksudnya jagalah persahabatan dengan dia. Sebabnya dia adalah rezeki pemberian Allah yang sangat bernilai kepada kita.
Kita kan selalu doakan supaya Allah murahkan rezeki kita. Nah sekarang Allah bagi rezeki yang sangat mahal harganya. Bersyukurlah. Untung yang dapat nikmat rezeki macam ni. Sekurang-kurang selamat kita daripada neraka.
Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, makanan ataupun pakaian. Ini juga rezeki malah ianya rezeki yang boleh menyelamatkan kita daripada azab api neraka.
Jadi hormatilah kawan yang macam ni. Ikutlah nasihat mereka. Mereka juga bukan sempurna. Sebab mereka juga manusia macam kita.
Masa dia buat silap kita pula nasihatkan mereka. Masa mereka lalai, kita pula ajak mereka ke jalan yang lurus.
Itulah indahnya berkawan. Berkawan kerana Allah.
Selamat menunaikan solat Jumaat. Jangan lupa banyakkan selawat. Jangan lupa baca surah Al-Kahfi. Jangan lupa banyakkan doa selepas Asar nanti.
Jangan lupa banyakkan doa selepas Asar nanti.
Moga hidup kita sentiasa dalam redha Allah.