Jamal Yunos Berhasrat Bida Kapal Mewah Equanimity AS$250 juta!!

PELABUHAN KLANG 07 OGOS 2018. Kapal layar mewah 'The Equanimity' di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang. NSTP/ SAIRIEN NAFIS

Jamal berkata beliau akan mendedahkan sebab di sebalik permainannya untuk Equanimity dalam masa terdekat. “Saya akan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan sebab di sebalik tawaran saya untuk kapal layar (Equanimity),” Jamal, yang baru keluar dari penjara, dipetik sebagai berkata.

Kapal mewah Equanimity dikaitkan dengan 1 Development Malaysia Berhad (1MDB) kini berada di pelabuhan Klang mendapat perhatian umum.

Beliau dijangka akan mengadakan sidang media khas dalam waktu terdekat ini bagi menjelaskan lebih lanjut hasratnya itu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kagum dengan hiasan mewah kapal itu berkata kekemasan kapal itu perlu dijaga kerana ia akan djual semula kepada bakal pembeli bagi mendapatkan semula duit yang didakwa dicuri dari negara ini.

“Kita tidak mahu beri persepsi negatif kepada pembeli. Kita tidak mahu kapal ini mengalami susut nilai yang banyak,” kata beliau.
Terdahulu, Malaysia mengeluarkan waran untuk merampas secara rasmi kapal layar mewah berharga AS$250 juta (RM1.02 bilion) itu ketika insiden tarik tali antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Kerajaan Indonesia merampasnya pada Februari lalu sebagai sebahagian siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap isu 1MDB.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang best sangat kapal mewah Equanimity ini. Nak tahu jawapannya, mohon baca post: 4 Fakta Tentang Kapal Mewah ‘Equanimity’ Jho Low Yang Perlu Anda Tahu 


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini