Jean Grey Dalam Trailer Pertama Filem X-Men: Dark Phoenix


Bagi anda yang mengikuti filem X-Men pasti mengetahui bahawa Jean Grey merupakan mutan yang sangat berkuasa sehingga dilabel sebagai mutan kelas 5, melampaui kuasa Prof-X dan Magneto yang hanya berada didalam kelas 4.

Didalam X-Men 2, kita ditunjukkan mengenai kematian Jean Grey yang dihanyutkan air empangan yang berarus deras dimana pada ketika itu beliau baru menyedari kuasa “phoenix” nya.

Hari ini melalui filem sekuel, 20th Century Fox Film telah mengeluarkan trailer rasmi yang pertama tentang watak Phoenix dimana filem tersebut diberi judul “X-men: Dark Phoenix“.

Filem ini mengisahkan tentang watak Jean Grey yang semasa kecil keliru tentang kebolehan kuasanya lalu berjumpa dengan Prof-X untuk membantu memulihkan dirinya. Walaubagaimana pun, Prof-X menyanggah apa yang dikatakan oleh Jean Grey dengan memberitahunya bahawa dia bukanlah seorang yang perlu dirawat.

Didalam sekuel ini juga, kita akan dapat melihat bagaimana kuatnya kuasa Phoenix apabila meningkat dewasa sehinggakan ada satu masa beliau gagal mengawal kuasanya sendiri.

Baca juga  Jagalah Kawan Jenis Yang Satu Ni

Untuk mengelakkan kuasa ini jatuh ke tangan pihak tidak sepatutnya (dalam cerita ini Magneto sebagai pihak yang membawa watak antagonis, tidak berputus asa menyeru untuk Jean Grey sedar bagi membangkitkan kuasa penuh Phoenix), pasukan X-men kembali berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk menyelamat Jean Grey sekaligus mengelakkan dunia daripada mengalami kerosakan yang menakutkan.

Untuk makluman, filem X-men: Dark Phoenix ini akan menemui peminat bermula pada 14 Februari 2019.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini