Jenis-Jenis Dan Tanda-Tanda Terkena Santau


Kadang kala perubatan moden bukanlah jalan penyelesaian untuk merawat segala jenis sakit. Ada sakit yang memerlukan rawatan khas dari luar contohnya terkena penyakit misteri yang sering dikaitkan dengan ilmu-ilmu hitam, secara tak langsung memerlukan si pesakit untuk berjumpa dengan orang yang lebih arif dalam bidang agama untuk berubat.

Namun begitu, penyakit misteri itu sendiri adalah pelbagai jenis. Ada yang dikaitkan dengan gangguan makhluk halus, tak kurang juga kebanyakan daripadanya dikaitkan dengan perasaan hasad dengki yang sekaligus mengundang kepada perbuatan syirik yakni salah satunya santau.

Walaupun begitu apabila bercakap mengenai santau pula, santau sendiri terdiri daripada beberapa jenis santau. Dan seperti sudah menjadi seperti perkara biasa dalam kehidupan zaman sekarang, ramai yang menderita akibat terkena santau ini.

Santau secara amnya tergolong daripada ilmu sihir yang menghubungkan syaitan kepada manusia. Ia sudah lama wujud sejak zaman berzaman dan masih diamalkan oleh segelintir manusia hingga ke hari ini.

Terdapat beberapa jenis santau yang boleh dikongsikan untuk pengetahuan anda semua, dimana santau-santau tersebut ialah:

Santau Angin

Santau angin merupakan serbuk santau yang mengandungi yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari. Kebiasaanya mangsa akan menjadi kurus kering kerana diseksa secara perlahan-lahan setelah menghidu atau menyedut bahan santau itu yang mana telah memasuki paru-paru. Mangsa bakal menderita sehinggalah berakhir dengan kematian. Santau angin sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi atau dari jauh.

Santau Tuju

Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa seperti muntah darah dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, gambar, rambut atau barang peribadi pesakit.

Santau Batuk

Mangsa mengalami batuk yang berterusan dan kadangkala diiringi sakit kepala. Ia merupakan peringkat awal bagi mereka yang terkena santau.

Santau Makan & Minum

Ramuan santau yang telah disiapkan akan dimasukkan secara zahir, samada oleh manusia atau secara ghaib dengan menggunakan bantuan jin yang berkhidmat dengan tukang sihir, ke dalam makanan atau minuman. Mereka yang mengambil makanan atau minuman tersebut akan terkena racun santau yang telah dimasukkan tadi.

Santau Langkah

Ia dikenakan kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau yang telah dibacakan mantera di pintu rumah atau pejabat.

Akibat daripada terkena santau-santau ini, mangsa selalunya dikaitkan dengan gejala-gejala dibawah:

  • Badan sakit dan lenguh seluruhnya.
  • Kuku hitam dan nafas berbau busuk.
  • Sentiasa sakit pada tulang belakang
  • Bawah matanya lebam
  • Emosi yang pelbagai. Mudah berasa marah, sedih dan menangis.
  • Batuk teruk hingga berdarah dalam tempoh yang lama.
  • Wanita datang bulan sangat lama tempohnya hingga berbulan.
  • Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam
  • Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
  • Sakit sesak nafas terutama waktu Maghrib.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
  • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
  • Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
  • Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
  • Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
  • Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.

Jadi, sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas, jangan berlengah-lengah untuk mencari orang yang lebih arif untuk segera berubat. Namun, sekiranya orang yang “lebih arif” itu menggunakan ritual yang mencurigakan seperti menggunakan jampi serapah yang sukar difahami, sila jauhi golongan seperti ini ya. Berkemungkinan mereka adalah individu-individu yang menggunakan ilmu salah sekaligus adalah syirik disisi agama Islam.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini