Kini Jersi ‘Away’ Baru Manchester United Musim 2018/2019 Kelihatan Lebih Feminin


Tidak lama selepas pelancaran jersi away Juventus untuk musim 2018/19 diumumkan, kini tiba giliran kelab terkemuka BPL, Manchester United untuk melancarkan jersi away mereka pula. Walaupun tidak menggunakan wajah-wajah pemain ternama mereka sebagai pelaris, jersi terbaru mereka ini tetap menjadi berita hangat.

Ini kerana punca ia menjadi hebahan ramai adalah disebabkan warnanya yang sedikit feminin, iaitu warna Pink (Merah Jambu).

Berbeza dengan koleksi jersi away mereka pada tahun-tahun sebelum ini, pilihan warna pink ini merupakan pilihan warna lembut pertama yang dicatatkan dalam sejarah Manchester United yang mana mengikut rekod sejak 10 tahun lalu, mereka lebih banyak menggunakan warna putih, biru ataupun hitam.

  • 2008/09 – Putih berjalur biru
  • 2009/10 – Hitam berjalur biru
  • 2010/11 – Putih berlengan merah
  • 2011/12 – Biru berjalur hitam
  • 2012/13 – Putih berjalur merah
  • 2013/14 – Biru hitam berkotak
  • 2014/15 – Putih berkolar hitam
  • 2015/16 – Hitam berjalur merah
  • 2016/17 – Biru berjalur merah
  • 2017/18 – Hitam berjalur putih

Difahamkan bahawa pemilihan warna pink sebagai warna rasmi jersi away mereka musim ini kerana warna tersebut merupakan warna surat khabar Manchester Evening News yang menjadi kegemaran penyokong kelab itu.

Bermula pada 28 Ogos yang lalu, jersi ini telah mula dijual di kedai-kedai Adidas di bandar Manchester, manakala untuk membelinya di butik-butik Adidas ataupun kedai rasmi Manchester United, para peminat terpaksa menunggu sehingga 13 September nanti.

Dengan pemilihan warna pink ini sebagai warna pilihan mereka musim ini, adakah boleh dikatakan ia berhubungkait dengan prestasi kelab gergasi ini yang makin kurang menyengat? Kalau dulu merah bermaksud warna garang, tetapi pink?

Kongsikan komen anda dibawah.


1 komen

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini