Jiran Suka Buat Bising? Ya. Mereka Boleh Disabitkan Di Bawah Kesalahan Jenayah Kecil


Majoriti akan menyukai suasana yang tenang dan aman, terutamanya mereka yang penat baru pulang dari bekerja, sudah semestinya inginkan suasana sebegini bagi merehatkan minda dan badan.

Namun begitu, tidak semua orang mampu menikmatinya lebih-lebih lagi apabila mereka ini mempunyai jiran tetangga yang tidak memahami dan sering membuat bising tanpa menghiraukan orang lain.

Ya, memanglah kalau dilihat dari satu sudut itu adalah rumah mereka, kawasan peribadi mereka. Namun begitu, apabila kita tinggal di kawasan kejiranan. Banyak perkara yang perlu dititikbertakan dan dijaga. Adakalanya juga kita harus bertolak ansur bagi menjaga keamanan jiran tetangga.

Akan tetapi bagaimanakah sekiranya kita mempunyai jiran yang sememangnya keras hati dan tidak pandai menghormati jiran?

Terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi dimana anda boleh membuat laporan sekiranya kelakuan jiran anda mengatasi batas-batas kemanusian, contoh: membuat bunyi bising yang keterlaluan sehingga mengganggu ketenteraman awam, yang mana ia diklasifikasikan sebagai satu kesalahan jenayah kecil – dibawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Sekiranya disabitkan kesalahan, jiran anda itu mungkin akan didenda tidak kurang daripada RM100.

 

Jadi mulai sekarang, hati-hati ya semua. Istilah “bising” bukan sahaja untuk mereka yang membuat bising dengan bunyi-bunyi enjin motorsikal dan kereta yang terlebih kuat, malah melalak dengan karaoke juga termasuk dalam kategori bising.. lebih-lebih lagi jikalau suara anda sumbang.


1 komen

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini