Percaya atau tidak, minyak masak yang telah digunakan dan dianggap tidak berguna lagi rupa-rupanya boleh boleh dijual semula dengan harga RM1.20 sekilogram.

Maklumat ini dikongsikan sendiri oleh Ketua pegawai eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Datuk Mohd Zain Hassan, dimana beliau memberitahu bahawa langkah penawaran insentif bagi setiap kilogram minyak masak terpakai itu dibuat bagi tujuan menggalakkan orang ramai mengamalkan prinsip 5R, iaitu tolak, kurangkan, guna semula, kitar semula dan pemulihan

Seperti yang ramai sedia maklum, minyak masak terpakai yang dibuang ke dalam tong sampah akan mengakibatkan sampah sukar terurai dan jika sampah itu kemudiannya dibawa ke pusat pelupusan sampah, ia secara langsung akan memberikan masalah lain seperti pencemaran bau, air dan sebagainya.

Menurut Ketua Unit Jaringan Industri & Masyarakat Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM, Prof Dr Mohd Ali Hassan pula, minyak masak yang telah digunakan lebih dari tiga kali dengan suhu yang panas akan menyebabkan rantaian yang panjang dalam minyak berkenaan menjadi pendek, sekaligus akan menyebabkan peningkatan kolestrol dalam tubuh dan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.

Maka menerusi program insentif ini, disamping secara tak langsung menggalakkan pengguna untuk kekal menjaga kesihatan dengan tidak menggunakan minyak melebihi had maksimum, ia sebenarnya juga membantu pihak Alam Flora mengurangkan kos pengurusan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM200 bagi setiap tan kutipan sampah yang ingin dilupuskan.

Dan untuk makluman, kos tersebut termasuklah kos kutipan, kos pelupusan di tempat pembuangan sampah serta kos membersihkan kesan minyak masak yang akan ambil masa lama untuk sampah tersebut terurai walhal duit itu sebenarnya boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah.

Baca juga  Kuala Lumpur, Ibu Kota Buku Sedunia 2020

Datuk Mohd Zain berkata lagi, minyak masak terpakai yang telah diproses ini juga sebenarnya berupaya dijadikan barang bernilai seperti sabun, produk kosmetik dan lilin, selain ianya turut boleh digunapakai sebagai produk biodiesel setelah melalui proses ‘transesterifikasi’ untuk kegunaan kenderaan berat seperti bas dan traktor.

Untuk makluman bagi anda yang berminat untuk menjualnya, minyak masak terpakai itu hendaklah dibawa ke pusat kitar semula Alam Flora (Buy Back Centre), yang mana buat masa ini pusat kitar semula ini boleh didapati di Jalan Bunus 6, Kuala Lumpur dan Precint 9 di Putrajaya.

Selain minyak masak terpakai, antara bahan terpakai lain yang layak menerima insentif adalah seperti surat khabar, kotak, majalah, kertas, kotak tetrapak, besi, tin aluminium dan plastik. Namun perlu dimaklumkan bahawa harga yang akan dibayar adalah berbeza mengikut bahan terpakai.

Nota tambahan: Terdapat tiga lagi pusat pengumpulan minyak masak terpakai UPM iaitu Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) dan Loji Pandu Biokompos di Kompleks Biorefinery. Difahamkan harga yang ditawarkan adalah RM1 sekilogram. Namun begitu, kempan yang dijalankan oleh mereka adalah kerjasama diantara Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan CIMB Foundation, dan ianya tidak berkait sama sekali dengan aktiviti pengumpulan semula minyak masak terpakai oleh Alam Flora.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini