Antara janji Pakatan Harapan dalam PRU ke-14 tahun lalu adalah untuk menghapuskan tol namun sehingga kini rakyat masih ternanti-nanti apakah benar janji tersebut akan dilaksanakan oleh Kerajaan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu kini sedang dibincangkan dan sedang diperhalusi secara teliti untuk mengelakkan sebarang implikasi sebelum keputusan muktamad dibuat oleh Kerajaan.
“Soal nak menghapuskan tol menimbulkan beberapa soalan lain dan kita perlu beri pertimbangan kepada masalah-masalah yang akan timbul berkenaan dengan apa jua tindakan yang diambil terhadap tol di Malaysia”

OhSempoi berpendapat andai tol dimansuhkan, dikhuatiri kualiti jalan raya bertol akan menurun kerana kegagalan penyenggaraan yang baik seterusnya menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya. Ini sekali gus boleh memberikan kesan terhadap keselamatan pengguna.
Namun begitu, rakyat masih mengharapkan agar ada keputusan yang lebih baik dibuat untuk kesenangan semua golongan.