Pekerja bank akan menikmati kadar faedah 0% dalam pinjaman perumahan mereka untuk nilai harga RM100,000 yang pertama. Kesemua bank ahli di bawah Persatuan Bank-Bank Perdagangan Tanah Melayu (MCBA) telah bersetuju untuk memberi manfaat kepada pekerja masing-masing berkuatkuasa 1 April kelak.
Manfaat ini yang ditawarkan melalui perjanjian kolektif baru (CA) yang ditandatangani oleh MCBA dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE). Menerusi Presiden MCBA, Nora Abd Manaf, beliau berkata, pengecualian kadar faedah 0% untuk RM100,000 yang pertama itu akan membantu lebih ramai pekerja bank dalam membeli rumah impian mereka.
Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna pekerja, terutamanya mereka yang berada di dalam kategori B40 dan dalam masa yang sama untuk menyokong usaha kerajaan bagi meningkatkan pemilikan rumah di kalangan masyarakat berpendapatan rendah.
Kadar faedah 0% juga dikenakan kepada pekerja yang mempunyai pinjaman perumahan kakitangan sedia ada.
Manakala di perjanjian baru ini juga, pekerja bank ahli MCBA juga akan menerima pelarasan gaji baru sehingga 12%. Pelarasan 10% kepada pekerja-pekerja perkeranian, manakala 12% untuk pekerja bukan kerani.
Bagi kumpulan pekerja yang berbeza yang diliputi di perjanjian ini juga, gaji permulaan mereka akan diselaraskan sebanyak 12% hingga 16%, dengan gaji maksimum mereka dinaikkan sebanyak 16%.
Selain itu antara manfaat lain yang dipersetujui dalam perjanjian ini adalah, elaun kos hidup bulanan (COLA) juga dinaikkan kepada RM600 daripada RM400. Dimana sekiranya gaji asas dan COLA digabungkan, gaji bulanan seorang kerani baru akan bermula setinggi RM2,400, tidak termasuk bonus kontrak dua bulan yang akan dibayar setiap Disember