Siapa ada aplikasi Grab?
Kami pasti ramai yang sudah memuat turun aplikasi Grab di telefon pintar masing-masing. Aplikasi ini menjadi kesukaan ramai kerana memudahkan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan harga lebih murah berbanding menggunakan perkhidmatan awam lain.
Awas, di sebalik kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat e-hailing no.1 di Malaysia, ada yang cuba mengambil kesempatan.
Kami kongsikan perkongsian kemaskini IG Stories oleh Ejen insuran no.1 di Malaysia, saudari Eyka Roslan.
Kalau ada orang minta orderkan Grab, jangan order!

Kenapa?
- Dia buat-buat tanya ada apps Grab tak?
- Kalau korang jawab ada, dia akan mintak korang orderkan untuk dia
Cara dia buat “keje”
- Bila Grab sampai, dia merompak, dan terlepas. Tapiii..
Risiko:
Korang boleh dituduh sebagai perompak. Sebab details korang ada dalam Grab. Kan korang tolong dia order Grab tadi?
Hati-hati guys! Jangan tolong orang sebarangan! Kiteorang baru je kena tadi. Tapi nasib dah pernah baca pasal kes ini.
Kongsikan cerita ini dengan saudara-mara dan sahabat handai kalian segera supaya mereka tidak menjadi mangsa.
Kami di Ohsempoi! doakan agar pembaca blog ini dilindungi daripada mereka yang tidak bertanggungjawab sebegini.
Ingat, kalau ada orang minta orderkan Grab, jangan order!
Informative articles, excellent work site admin! If you’d like more information about Cosmetics, drop by my site at 85N Cheers to creating useful content on the web!