Dua hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2019. Pastinya tahun 2018 akan meninggalkan kita dengan kenangan manis dan mungkin ada juga sedikit kenangan pahit. Kita tinggalkan semua, biarkan ia di dalm memori sahaja.
Tutup buku lama, buka buku baru.
Ada perancangan untuk keluarga, kerjaya mahupun ramai yang buat perancangan dengan cuti di Malaysia pada tahun 2019 ini. Sudah pasti, tahun 2019 kita mengharapkan perkara yang lebih baik berbanding tahun sebelum ini. Jadi, perkara pertama yang biasa dilakukan oleh ramai orang ialah merancang.
Pasti ramai yang sudah merancang aktiviti-aktiviti best untuk dilakukan pada tahun baru 2019 ini. Ada perancangan untuk keluarga, kerjaya mahupun ramai yang buat perancangan dengan cuti di Malaysia pada tahun 2019 ini.
Untuk melakukan satu perancangan yang baik, haruslah merujuk kalendar tahunan. Perlu juga tahu bila masa tarikh yang sesuai untuk berkahwin dan bila cuti panjang untuk melancong bersama keluarga.
KPM turut mengumumkan tarikh cuti dan penggal persekolahan adalah sama bagi semua negeri di Malaysia. Sama tetapi tetap berbeza mengikut cuti negerei dan kawasan-kawasan yang anda diami. Tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh KPM dipecahkan kepada dua kumpulan negeri – Kumpulan A dan Kumpulan B.
Jadi, sudahkah anda merancang untuk aktiviti-aktiviti yang bakl dilakukan pada tahun 2019 in?
Baca juga: Cuti Raya Cina 2024