Bercakap tentang kamera, DSLR atau Digitial Single Lens Reflex pasti sentiasa menjadi pilihan ramai pengguna. Walaupun kehadiran kamera mirrorless memberi saingan sihat kepada DSLR, tetapi bagi pengguna DSLR, penggunaan DSLR tetap memuaskan hati.

Bro, aku nak beli DSLR, tapi aku tak tahu nak beli brand mana satu?

Nikon ke Canon bro?

Ini antara persoalan yang agak susah untuk diberi jawapannya. Terutamanya apabila anda tanyakan soalan ini pada pengguna Nikon yang tidak pernah menggunakan jenama lain. Pasti jawapannya lebih bias kepada brand Nikon, kan?

Jadi, kami ada buat research ringkas untuk mencari jawapan kepada persoalan itu, ini lebih kepada pendapat kami, bukannya suatu jawapan yang tepat untuk semua orang.

Pertama sekali, tepuk poket, tanya iman.

Dan apakah tujuan sebenar untuk memiliki DSLR?

Kalau jawapan hanya sekadar suka-suka dan anda berkemampuan, apa kata miliki sahaja produk terbaru daripada mana-mana JENAMA yang anda suka.

Mungkin Canon, Nikon atau SOny. Dan pilihlah memana lens first party yang anda suka. Ringkas bukan?

Tetapi..sekiranya anda sedang mencari DSLR sekadar untuk hobi dengan bajet yang terhad, untuk permulaan, eloklah membeli sebuah midrange DSLR.

Anda boleh survey mana-mana DSLR yang berharga dalam lingkungan bajet, sambil-sambil tu, bolehlah tanyakan pendapat kawan-kawan yang sudah pun memiliki DSLR. Tanyalah tentang harga, specification dan bandingkan testimonial kepuasan memakai dengan 2 atau 3 orang pengguna.

Daripada situ, anda mungkin mendapat idea yang lebih menarik.

Untuk anda yang sedang mencari DSLR sebagai sumber pendapatan (wedding photography service), seelok-eloknya rancang dan teliti kos dalam bajet anda.

Jika mempunyai bajet yang tinggi, tidak salah sekiranya membeli DSLR dengan range yang lebih baik, dilengkapi dengan aksesori lengkap lain seperti lens & speedlight sebagai penambahrasa.

Tetapi, cadangan kami sekiranya pada awal perniagaan dan anda mempunyai bajet yang terhad, eloklah mencari DSLR di entry level.

Pasti ada yang mempersoalkan kualiti gambar untuk DSLR entry level kan?

Baca juga  Taman Tema Skytropolis Funland Di Genting Highland Kini Dibuka

Pada pendapat sesetengan pengguna, tiada beza yang terlalu ketara sebab kamera hanyalah sebagai pemudahcara/enabler. Gunakan semaksimun mungkin kelebihan DSLR yang anda miliki, dengan idea sekreatif mungkin, pasti gambar yang terhasil akan berkualiti tinggi.

Bila perniagaan sudah maju, upgrade la DSLR entry level kepada level yang lebih tinggi.

Untuk persoalan “Nikon ke Canon?”..sebenarnya di pasarna dunia sekarang ini, ada banyak lagi jenama yang boleh & molek untuk dimiliki seperti Pentax, Olympus, Sony, Fuji dan lain-lain lagi. Setiap brand ada kelebihan dan kekuatan serta kekurangan masing-masing.

Majoriti di mata aku, pengguna DSLR kat Malaysia ini lebih menyukai kepada Nikon dan Canon. Jadi, tentang brand mana, tepuk dada, tanya selera.

Lihat di sekeliling anda, kawan-kawan dan sanak-sedara, sekiranya ramai yang menggunakan Nikon, ianya lebih baik sekiranya anda menggunakan jenama yang sama. Lebih senang untuk menyedut ilmu dan perkongsian pengalaman yang mereka ada dan juga boleh bertukar-tukar lens atau kelengkapan lain.

KEDAI TERBAIK MEMBELI DSLR?

Tentang kedai mana yang termolek untuk membeli DSLR juga perlu diambil perhatian. Membeli DSLR bukan seperti membeli baju, mana kedai ada SALE, anda main serbu jer. Hari demi hari, banyak kes yang melibatkan penipuan dalam penjualan DSLR di Malaysia dan juga di pasaran antarabangsa. Ada yang menjual item tidak original, ada yang tidak berkualiti, ada yang ‘secondhand’ tetapi didakwa sebagai 1st hand dan sebagainya.

Seeloknya, membelilah di agen-agen terpilih dan berdaftar ataupun bertanya kawan-kawan yang lebih arif tentang kedai-kedai menjual peralatan DSLR.

Untuk membeli kamera&aksesori kamera secara online, kami rekemenkan Shashinki Malaysia. Trusted seller dan servis yang bagus.

Serius!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini