Kawal ketagihan anak terhadap gadget sebelum ia semakin serius.


Perasan tak anak-anak sekarang kerap tantrum dan agresif? Puncanya sebab mereka banyak menghabiskan masa dengan bermain gajet. Ini menyebabkan anak-anak tersebut kurang berkomunikasi kerana mereka terlalu fokus saat menggunakan gadget dan ini menyebabkan mereka sukar dikawal tingkah lakunya.

Bila anak semakin membesar dan masih terus dibiarkan leka dengan gajet, jangan terkejut kalau anak anda akan mempunyai masalah tingkah laku terutama apabila dia mula melangkah ke sekolah.

Ramai ibu bapa yang berfikiran bahawa gadget adalah salah satu tools dalam memberikan pendidikan kepada anak. Mereka tertipu dengan adanya apps pendidikan dan juga chanel youtube yang akhirnya menyebabkan si kecil ketagihan terhadap peranti moden itu.

Diakui gadget dapat membantu merangsang minda si kecil tapi ia mestilah digunakan secara terkawal. Jangan biarkan mereka hanyut dalam ketagihan gadget.

Berikut ada beberapa langkah yang perlu boleh anda praktikkan untuk mengawal ketagihan anak terhadap gadget.

1. Jangan sediakan gadget khas.
Ada ibu bapa yang menyediakan gadget khas kepada anak dengan alasan tidak mahu anak menggunakan smart phone / tab ibu bapa. Tidak salah jika anda ingin menyediakan gadget khas untuk mereka tetapi pastikan mereka diberitahu bahawa gadget tersebut bukan miliknya dan ia hanya pinjaman.

2. Berikan tempoh masa.
Berikan limit masa kepada si kecil untuk menggunakan gadget. Tempoh nasa penggunaan boleh dikurangkan dari masa ke semasa. Contohnya, izinkan mereka menggunakan gadget selama 1 jam sahaja untuk sehari. Dan perlu bertegas dalam mengawal tempoh masa ini.

3. Penggunaan gadget sebagai reward.
Jadikan peluang untuknya menggunakan gadget sebagai reward. Contohnya jika si anak mahu menggunakan gadget, dia haris mengemas bilik tidurnya terlebih dahulu.

4. Belikan permainan
Jangan kedekut untuk membelikan permainan untuk si kecil. Lumrah semula jadi mereka untuk bermain. Jadi, belikan permainan supaya mereka dapat melupakan seketika gadget. Tak perlu beli permainan yang mahal, asalkan ia sesuatu yang baru untuk si kecil.

5. Banyakkan aktiviti luar.
Jadikan aktiviti luar seperti berjogging, keluar bersiar-siar di taman permainan, menemaninya berbasikal dan lain-lain aktiviti fizikal sebagai rutin harian bagi mengurangkan masa terluangnya.

6. Busy book.
Busy book adalah buku aktiviti yang menarik untuk si kecil. Ia seolah-olah permainan pendidikan yang dapat melekakan mereka.

Ada banyak lagi cara yang boleh anda praktikkan bagi mengawal ketagihan anak terhadap gadget. Ini antara yang dapat kami kongsikan, jika anda mempunyai idea lain boleh kongsikan di ruangan komen.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini