PASKAL merupakan satu filem yang mengangkat kisah perjuangan anggota elit, Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menelan belanja kira-kira RM10 juta.

Filem arahan Andrian Teh ini diangkat daripada kisah benar mengisahkan kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Angola pada 1998 selain misi merampas kapal dagang MT Bung Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011. Apa yang lebih membanggakan kapal itu berjaya diselamatkan selepas dua jam ditawan lanun kira-kira 300 batu nautika di Timur Oman.

Selain daripada jalan ceritanya yang digarap hebat, filem PASKAL juga menampilkan gandingan barisan pelakon yang cukup berbakat antaranya Hairul Azreen, Ammar Alfian, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Henley Hii, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Filem ini merangkumi kira-kira 90 peratus aksi itu menjalani penggambaran di beberapa lokasi di dalam dan di luar negara antaranya di Lumut, Perak; Semporna Sabah dan Maghribi.

Barisan pelakon yang membintangi filem ini turut menjalani latihan pendek bersama TLDM di Lumut bagi menjiwai watak dengan lebih berkesan.

Jom layan trailer filem Paskal.

Fakta Kehebatan PASKAL yang perlu anda tahu:

PASKAL menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.

PASKAL turut berkebolehan dalam serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi di kapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api di darat mahupun di perairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.

Lebih 30 pelantar petroleum di perairan Malaysia adalah di bawah kawalan dan seliaan PASKAL.

Baca juga  Tips Bijak Berbelanja Peralatan Sekolah

Anggota PASKAL diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota.

Antara ujian yg dijalankan ialah:

1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit

2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)

3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit

4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.

5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.

6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.

7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.(Drown proofing)

Peralatan tempur PASKAL boleh tahan hebat. Malah setanding dengan pasukan elit negara lain.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, dalam sesetengah perkara Paskal TLDM lebih maju berbanding pasukan elit negara-negara lain termasuk negara jiran.

Sepertimana unit elit yang lain misalnya SEAL Amerika, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian dibawah permukaan air.

Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV – Underwater Delivery Vehicle, bot laju dan kenderaan marin yang lain.

Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan.

Sumber: gempak.com

Filem PASKAL akan mula ditayangkan pada 27 September 2018 dan penerbitannnya diuruskan oleh Spectrum Films.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini