Ahad ini, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji atau juga Hari Raya Qurban. Walaupun ia tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri yang signifikan dengan ibadah berpuasa selama sebulan, kesibukan umat Islam bersiap-sedia balik ke kampung halaman, diskaun beli-belah yang terbaik, perang iklan di televisyen dan sebagainya, Hari Raya Aidiladha ada keistimewaan dan keberkatan tersendiri.

Apa istimewanya Hari Raya Aidiladha? Di bawah beberapa fakta menarik mengenai perayaan utama umat Islam.Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban di Malaysia.

1# Signifikan utama perayaan ini ialah menandakan sempurnanya ibadah haji sekaligus menyambut dan merayakan mereka yang pulang dari tanah suci.

2# Pengorbanan haiwan-haiwan tertentu bukan hanya dilakukan di Makkah malah di setiap masjid di seluruh pelusuk dunia.

3# Lazimnya amalan korban iaitu menyembelih haiwan ini berlaku sekitar 11 pagi hingga tengahari.

4# Lembu dan kerbau menjadi haiwan yang paling banyak dikorbankan di Malaysia sempena Hari Raya Aidiladha diikuti kambing. Bagi mereka yang berkemampuan, unta juga menjadi antara haiwan korban pilihan.

5# Menurut sejarah, perayaan ini disambut sempena dengan peristiwa ibadah korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail. Walaupun berat untuk menyembelih anaknya tetapi demi taat dan patuh kepada perintah Allah, Nabi Ibrahim tetap melaksanakannya.

Baca juga  Tong Air Mahal, Boleh Lapor Kepada KPDNHEP.

6# Korban atau penyembelihan haiwan ini hanya boleh dilakukan oleh umat Islam lelaki.

7# Keluarga atau individu yang berkemampuan akan membeli dan mendermakan haiwan itu kepada masjid dan haiwan tersebut disembelih untuk diagihkan kepada semua, khususnya fakir miskin. Sebahagian kecil akan diagihkan kepada keluarga penderma.

8# Bagi mengurangkan rasa sakit, haiwan korban akan disembelih secepat mungkin menggunakan objek yang tajam. Doa dibaca sebelum disembelih untuk menyisihkan segala toksik dalam badan haiwan.

9# Salah satu peraturan utama ialah untuk memastikan haiwan yang hendak dikorban dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

10# Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

11# Sama seperti Aidilfitri, Aidiladha juga disambut dengan tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka. Negeri yang paling meriah dengan sambutan Aidiladha seiring Aidilfitri ataupun lebih meriah ialah negeri Kelantan di Malaysia. Cuti umum sehari diberikan kepada semua negeri di Malaysia sempena Aidiladha kecuali Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu yang mendapat 2 hari cuti umum.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini