Bermula hari ini Apple telah mengeluarkan kemas kini sistem operasi, iOS 12, kepada umum. Fail kemaskini ini yang bersaiz lebih kurang 1.5Gb boleh dimuat turun secara percuma oleh semua pengguna iPhone dan iPad. Melalui kemaskini terbaru ini, terdapat peningkatan prestasi serta beberapa ciri-ciri tambahan yang menarik telah disertakan.
Prestasi iOS 12
Diantara peningkatan prestasi yang dilakukan dalam kemaskini iOS 12 ini adalah optimasi kelajuan. Pihak Apple mendakwa melalui kemaskini ini, peranti yang menggunakannya akan beroperasi lebih pantas berbanding sebelumnya.
Menerangkan secara lebih terperinci tentang peningkatan tersebut, ia termasuklah fungsi animasi yang lebih lancar, pelancaran aplikasi sehingga 40% lebih laju, pelancaran paparan papan kekunci sehingga 50% lebih laju dan juga pelancaran kamera daripada lock screen sehingga 70% lebih laju.
Selain itu, tambahan beberapa fungsi menarik lain yang dimaksudkan adalah:
- Pemantauan penggunaan peranti melalui Screen Time – Pemantauan penggunaan peranti melalui Screen Time – iOS 12 akan merekodkan penggunaan harian bagi sesebuah aplikasi yang dipasang pada peranti anda. Selain itu ia juga membenarkan pengguna untuk menetapkan had penggunaan masa bagi sesebuah aplikasi dan akan mengeluarkan amaran sekiranya tempoh penggunaan hampir kepada hadnya.
- Notifikasi berkumpulan – iOS 12 akan bertindak mengumpulkan notifikasi untuk sesuatu aplikasi dibawah satu kumpulan.
- Fungsi “Do Not Disturb” yang dinaik taraf – iOS 12 membenarkan pengguna untuk membuat kawalan peribadi terhadap fungsi ini dimana pengguna boleh mengaktifkan atau mematikan ciri “Do Not Disturb” ini bagi sesuatu tempoh masa yang dirasakan sesuai.
- Kawalan privasi pengguna yang lebih baik – Melalui iOS 12, penghalang penjejak pada pelayar web Safari ditambah baik. Sebagai contoh; fungsi jejak yang ada pada butang Facebook Share turut dihalang bagi mencegah pengiklan untuk mencuri data peribadi, sekali gus menghalang mereka daripada menyasarkan iklan kepada anda setiap masa.
- Penambahan aplikasi “Measure” seiring dengan kemas kini sokongan realiti-gabungan (AR) yang lebih baik – Pengguna boleh membuat ukuran objek atau permukaan sesuatu benda dalam keadaan menegak atau melintang hanya menggunakan kamera iPhone atau iPad , ia akan mengesan secara automatik dimensi sesuatu objek tersebut.
- Fungsi kemaskini aplikasi secara automatik – Bagi mengelakkan pengguna terdedah kepada masalah sekuriti dimasa hadapan dan terlupa untuk menaik taraf iOS kepada versi terkini, Apple turut menyediakan fungsi satu pilihan baru dimana pengguna boleh mengaktifkan fungsi kemas kini sistem operasi iOS secara automatik.
Melalui senarai rasmi peranti yang akan menerima kemaskini ini, iPod Touch juga tersenarai bagi menikmati kemaskini yang dikeluarkan.
Jadi, sudahkan anda mengemaskini sistem operasi ini? Kongsikan bagaimana pendapat anda diruangan komen. Sejujurnya bagi kami di OHSEMPOI menyukainya kerana berdasarkan pengalaman melalui peranti kami sendiri, ianya dilihat beroperasi lebih laju dan responsif berbanding biasa.