Kemunculan Mysterio Dalam Trailer Pertama ‘Spider-Man: Far From Home’


Secara rasminya pihak Sony Pictures telah memperlihatkan trailer rasmi pertama untuk filem Spider-Man: Far From Home. Lebih menarik dan mendebarkan. Aksi yang paling membuatkan peminat tertanya-tanya apabila munculnya watak yang sebenarnya diketengahkan didalam komik sebagai super villain (penjahat) iaitu Mysterio, tetapi didalam filem ini beliau dilihat telah berganding bahu dengan Spider-Man bagi melawan musuh yang berupa seperti seekor raksasa yang mampu berubah bentuk.

Kemunculan Nick Fury yang secara tiba-tiba ditempat penginapan Peter Parker ketika dia sedang bercuti di Eropah juga meningkatkan lagi rasa ingin tahu akan plot cerita yang sebenar, kerana rata-rata peminat sedia maklum.. sekiranya Nick Fury muncul didalam sesebuah adegan filem tersebut, ianya semestinya bukan satu situasi yang boleh diambil mudah.

Namun disebalik keterujaan melihat aksi-aksi Spider-Man, jalan cerita filem ini masih lagi mempunyai unsur-unsur humor daripada watak Peter Parker yang banyak mengomel. Apa-apa pun kita enjoy dulu trailer ini. Untuk makluman, filem Spider-Man: Far From Home ini dijangka akan mula ditayangkan pada 5 Julai 2019.

Baca juga  7 Petua Rawat Sakit Gigi Yang Mudah Dan Murah.
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini