Zaman remaja terutamanya, ramai anak-anak muda yang sudah mempunyai pasangan. Comel-comel, cantik-cantik, hensem-hensem dan tak kurang juga yang kacak. Namun, disebalik penampilan mereka kadang-kala wujud satu situasi dimana mereka ada perangai yang pelik.
Jika pelik tanpa menganggu ketenteraman orang tak mengapa. Tetapi bagaimana sekiranya anda mempunyai pasangan yang psiko? Kadang-kala sikap begini terjadi kerana perubahan hormon, dan ia lebih kerap dikaitkan dengan hormon.
Gangguan hormon pula selalunya timbul dikalangan perempuan. Jadi kami di OHSEMPOI ingin berkongsikan ciri-ciri perempuan yang psiko. Atau dalam bahasa orang muda-mudi, kita panggil mereka awek psiko.
10 ciri-ciri awek psiko, antaranya:
- Dia tahu rahsia peribadi korang, walaupun korang tak pernah bagitahu dia pun
- Dia perkenalkan diri pada keluarga korang terlebih dahulu tanpa izin korang
- Dia pegang password Facebook atau Twitter korang
- Dia suka datang kat tempat lepak korang secara tiba-tiba
- Dia selalu ancam bunuh diri kalau korang buat dia sedih
- Dia tak bagi putuskan hubungan walaupun dia yang curang
- Dia selalu marah korang tanpa sebab secara tiba-tiba
- Dia suka buat sakit semata-mata nak korang jaga dia
- Dia pakai baju & seluar korang tanpa sebab
- Dia akan call korang setiap jam untuk tanya korang keluar dengan siapa
Betul tak ciri-ciri yang diberikan. Rasanya betul dah kan? So untuk kaum lelaki diluar sana, bagi mengelakkan sakit kepala.. cuba elakkan mempunyai awek-awek yang mempunyai ciri-ciri sebegini okay. Kalau tak, naya. Hehehe