Hati teringin untuk guna peranti flagship, tapi bila memandangkan harga yang ditawarkan kadang-kadang tak masuk akal, akhirnya keinginan berlalu begitu saja. Namun, khabar baik buat pengguna-pengguna diluar sana apabila Vivo mendengar luahan pengguna dimana mereka baru-baru ini tampil dengan peranti pertengahan tetapi mempunyai ciri-ciri premium peranti flagship.

Vivo V15 Pro model yang kami ingin kongsikan merupakan peranti yang dimaksudkan, peranti model selain mempunyai ciri-ciri premium, juga merupakan peranti rasmi pertandingan Player Unknown’s Battlegrounds Mobile National Championships (PMNC) 2019. Well, kalau ianya dah dipilih untuk menjadi peranti rasmi sebuah game yang digemari seluruh dunia, adakah korang masih ragu-ragu tentang prestasi yang ditawarkan? Sudah tentu tidak bukan.

Model vivo V15 Pro ini yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 675, menyediakan pilihan memori setinggi 6GB RAM dan juga 8GB RAM, dimana ia turut menawarkan ruangan storan dalaman sehingga 128GB. Selain itu disebalik spesifikasi yang agak menggiurkan, terdapat tawaran yang lebih menarik untuk dipertimbangkan.

Tawaran tersebut yang tak lain tak bukan iaitu menerusi penawaran kameranya; tri-kamera di belakang yang terdiri daripada 48MP f/1,8, 8MP f/2.2 ultra-lebar dan juga 5MP f/2.4 untuk bokeh dengan mod kecantikan terbina, yang mana ia boleh menggunakan fungsi “Pro Mode” untuk mengambil sesuatu gambar dikawasan gelap ataupun gambar-gambar langit malam dan bintang dengan cantik tanpa mencacatkan kualiti gambar.

Begitu juga penawaran kamera hadapannya yang tidak kurang hebatnya apabila ia menyediakan kamera jenis pop-up yang memiliki sensor sebesar 32-Megapixel untuk memberikan hasil swafoto yang lebih jelas dan cantik.

Turut melengkapi peranti ini, dimana ia juga hadir dengan skrin 6.4″ SAMOLED dan juga kapasiti bateri sebesar 3700 mAh, ia turut menyokong pengecasan pantas Duel Engine Fast Charging menerusi port mikro-USB.

Baca juga  Pelanggan TM Unifi Mula Menerima Naik Taraf Unifi Turbo - Kelajuan Sehingga 800Mbps

Peranti Vivo V15 Pro ini boleh dibeli secara online melalui laman rasmi Vivo Store di www.vivostore.com.my dengan harga semurah RM1,699 untuk model Vivo V15 Pro 6+128GB, manakala untuk Vivo V15 Pro 8+128GB pula ia ditawarkan dengan harga RM1,899. Turut dijual dilaman tersebut iaitu peranti Vivo V15 yang prestasinya lebih rendah berbanding Vivo V15 Pro dengan harga RM1,299. Untuk makluman lanjut anda juga boleh dapatkan info mengenai Vivo melalui laman rasmi Facebook Vivo.

#WorldFirstElevatingCamera #32MP #AIProfessionalMode #AITripleCamera #AISuperNightMode #AISuperWideAngle #AIBodyShape #WeGotTheNight #TravelPhotography #LevelUP

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini