Sekali lagi dunia dikejutkan dengan tindakan berani individu yang bertindak menembak secara rambang jemaah-jemaah di Masjid Al Noor di Deans Avenue dan Masjid Linwood, Christchurch, New Zealand.
Setakat ini, dilaporkan seramai 49 orang terbunuh dan lebih 50 orang cedera. 41 orang terbunuh ketika serangan di Masjid Dean Avenue dan 7 orang terbunuh dalam serangan di Masjid Linwood. Mangsa lain meninggal ketika rawatan di hospital.
Ketika kejadian tembakan berlaku, seramai 400 orang jemaah berada di dalam masjid tersebut.
Tindakan kejam tersebut mendapat kecaman dunia terutama apabila rakaman video secara langsung yang dirakam dari awal serangan sehingga ke akhir serangan dimuatnaik di Youtube. Individu tersebut dikenali sebagai Brenton Tarrant 28 tahun.
Polis menasihatkan untuk semua penduduk berhampiran untuk menjauhi kawasan masjid buat sementara waktu untuk keselamatan.
Beberapa pucuk senjata dijumpai di kedua-dua masjid tersebut. 2 bahan letupan turut dijumpai di dalam kereta berdekatan masjdi tersebut. Salah satu daripada bahan letupana itu berjaya dihapuskan.
Mengikut Ramzan, antara individu yang berada di Masjid al-Noor, suasana di masjid itu dalam keadaan tenang dan tenteram sebelum bermula khutbah Jumaat. Sebaik bermula khutbah, bunyi tembakan secara rambang kedengaran dengan jelas…
Agak-agak kenapa lelaki itu bertindak menyerang di kedua masjid tersebut? Walaupun ada yang melaporkan penyerang ini tidak berpuas hati dengan polisi migran terutama orang Islam, tetapi apa yang membuatkan mereka sampai hati untuk melakukan tembakan sebegitu, hanya Allah SWT yang tahu. Wallahualam..
Semoga segala urusan mereka di sana dapat diselesaikan dengan cepat tanpa sebarang pertumpahan darah lagi.