PELAKON Hairul Azreen dan Ammar Alfian melalui detik cemas apabila hampir menjadi sasaran culik lanun ketika menjalani penggambaran filem Paskal di Semporna, Sabah.

Pendedahan itu disampaikan kru produksi selepas selesai penggambaran di sebuah pelantar minyak di tempat terbabit, beberapa bulan lalu.

Mengikut kata Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali, sepanjang penggambaran filem itu di kawasan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Roziah (TSR), pelakon serta kru disertai oleh pasukan keselamatan terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL).

Kenyataan pelakon ini juga amat mengelirukan walaupun ia mungkin hanya gimik promosi filem dan janganlah menggunakan kenyataan ini hanya untuk publisiti murahan bagi menarik minat penonton yang dijangka ditayangkan pada September depan.

SURAT sudah dihantar kepada pelakon filem PASKAL, Hairul Azreen bagi mendapatkan keterangan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berhubung kenyataannya hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem itu di kawasan Semporna.

Tindakan undang-undang boleh diambil atas sebab menimbulkan kenyataan tidak benar serta mendatangkan kegusaran masyarakat dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam terutama sekali di kawasan ESSZONE.

Baca juga  Siapa Lepaskan Anak Buaya Di Tasik Shah Alam?

Filem Paskal arahan Adrian Teh mengetengahkan pembabitan Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel yang ditawan lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Karya menelan kos pembikinan sebanyak RM10 juta itu turut memaparkan kejayaan PASKAL dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998.

Filem itu turut dibintangi Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifulllah, Theeban G dan Hafizul Kamal.

Paskal akan menemui penonton di pawagam pada 27 September ini.

Nota Ohsempoi: Selebriti atau tidak, hal keselamatan negara tidak boleh dibuat main-main. Setiap rakyat kena peka tentang beberapa isu sensitif.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini