Kerajaan Umum Bonus Kakitangan Awam Sempena Raya. Dijangka Sebanyak RM1,000.


Akhirnya penjawat awam boleh tersenyum lebar selepas mendengar jawapan Perdana Menteri apabila ditanya berkenaan bonus kepada kakitangan awam dalam satu sidang media bersempena Majlis Sambutan Hari Guru 2019 Peringkat Kebangsaan.

Tun Dr. Mahathir memaklumkan bahawa kerajaan akan memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan sempena sambutan Aidilfitri.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) melalui presidennya, Datuk Azih Muda, berkata pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berhubung pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan.

Katanya, CUEPACS berharap permintaan bonus Aidilfitri sebanyak RM1,000 untuk penjawat awam dan RM 500 untuk pesara itu dipersetujui kerajaan.

Namun begitu, Tun Dr Mahathir memaklumkan bahawa nilai bonus tersebut akan diumumkan kemudian.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini