Kerusi 3 Dimensi Yang Diperbuat Daripada Plastik


Apabila kerusi konvensional dah terlalu mainstream, ramai pereka-pereka perabot melontarkan idea-idea baru yang lebih sophisticated. Kerusi mengguna kayu-kayan tidak lagi menjadi pilihan, namun dengan bantuan teknologi moden, cetakan kerusi 3 dimensi menggunakan plastik menjadi pertaruhan.

Menggunakan kompaun plastik mentah yang dicairkan menjadi cecair plastik yang boleh dibentuk sesuka hati, pembuatan kerusi 3D ini dilihat sebagai pengorak langkah dalam industri perabot, apabila kerusi yang terhasil nampak lebih kukuh dan futuristik.

Tidak seperti kerusi plastik yang kebiasaanya menggunakan acuan untuk dihasilkan, kerusi 3D ini memerlukan lakaran awal yang perlu dihasilkan melalui komputer yang mana kemudian proses penghasilan adalah menggunakan mesin yang diprogramkan sepenuhnya.

Dibina oleh Nagami Design dengan kolaborasi pereka perabot terkenal dunia, seluruh koleksi kerusi 3 dimensi yang dihasilkan menggunakan konsep idea ini telah dipertontonkan di Milan Design Week 2018 beberapa bulan yang lalu.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini