Bermula 1 Septemper 2018 lepas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menguatkuasakan beberapa kesalahan lalu lintas dalam sistem mata demerit di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas).
SISTEM PEMBERIAN MATA DEMERIT KESALAHAN JALAN RAYA (KEJARA)
Pemberian mata demerit akan bermula apabila notis saman diselesaikan iaitu:
a. Penalti diselesaikan dengan membayar kompaun
b. Penalti diselesaikan dengan membayar denda di mahkamah
Gantung Batal Lesen Memandu
Proses gantung batal lesen memandu adalah seperti berikut:
Kali pertama 20 mata atau lebih |
|
Kali kedua 20 mata atau lebih |
|
Kali ketiga 20 mata atau lebih |
|
Insentif Berkelakuan Baik
a. Mana-mana individu yang tidak melakukan sebarang kesalahan demerit dalam tempoh satu tahun, maka 50% daripada mata yang terkumpul akan dikurangkan.
b. Mata demerit akan dihapuskan sekiranya tidak melakukan kesalahan demerit dalam masa 2 tahun berturut-turut.
Anda boleh menyemak mata demerit di SEMAKAN DEMERIT menggunakan MyKad. Jadi selepas ini, selalu selalulah menyemak untuk mengelakkan kesulitan di hari mendatang. Paling penting, memandulah mengikut peraturan yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan berhubung dengan sistem pemberian mata demerit kesalahan jalan raya (KEJARA) boleh diemelkan kepada kejara [at]jpj[dot]gov[dot]my