Kerajaan membuat keputusan untuk meneruskan semula Projek Bandar Malaysia yang sebelum ini telah dihentikan pada Mei 2017, bagaimanapun akan ditambah baik khusus untuk rakyat.

Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad berkata, keputusan tersebut dibuat sebagai langkah meningkatkan pembangunan dan pelaburan di negara ini.

“Pembangunan Bandar Malaysia mempunyai kesan yang baik kepada ekonomi dan ia akan menjadi hab global untuk terus menarik pelaburan.

Selain itu, projek ini dijangka menjana impak besar kepada pertumbuhan pembangunan dengan kemampuan menarik pelaburan asing dan menjana nilai pembangunan kasar sebanyak RM140 bilion.

Faedah Projek Bandar Malaysia kepada Rakyat Malaysia

Dr Mahathir berkata, keputusan meneruskan semula projek berkenaan dibuat selepas Putrajaya meneliti bahawa kerajaan turut mempunyai saham dalam syarikat pemaju projek berkenaan, bukan sepenuhnya milik China.

Selepas kerajaan Malaysia baru mellakukan siasatan, sebenarnya syarikat China hanya memiliki pegangan saham sebanyak 24%, selebihnya dimiliki syarikat Malaysia. Putrajaya pula memiliki pegangan saham sebanyak 40%.

Projek ini dijangka boleh menjana impak besar kepada pembangunan bandar Malaysia bagi menarik pelaburan langsung asing dan menjana nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM140 bilion.

Baca juga  Had Muat Turun Lagu Di Spotify Ditingkatkan Sehingga 10,000 Lagu

Tambahan pula, syarikat teknologi gergasi seperti Alibaba dan Huawei sudah menyatakan minat untuk membangunkan pusat ICT mereka.

Pembangunan Bandar Malaysia tidak sepenuhnya tertumpu kepada pembangunan untuk golongan berpendapatan tinggi, sebaliknya sebanyak 10,000 buah rumah mampu milik akan turut dibina.

Bandar Malaysia akan menjadi perintis dalam pembinaan bandar terancang dan menjadi sebuah pembangunan yang berorietntasikan transit (TOD).

Ia akan mengoptimumkan jumlah ruang kediaman, perniagaan dan rekreasi. Bahkan turut menyumbang ke arah persekitaran yang lebih hijau.

Keputusan meneruskan projek Bandar Malaysia dibuat seminggu selepas kerajaan mengumumkan akan meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

-sumber: FreeMalaysia/Sinar Harian/Utusan Malaysia

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini