•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Permainan video adalah sesuatu yang mengasyikkan. Tidak kira usia, mereka yang ketagihan permainan ini pasti akan memberi kesan terhadap perjalanan aktiviti harian kerana banyak masa dihabiskan untuk permainan video.

Bintang bolasepak Barcelona, Ousmane Dembele dilaporkan sering datang lambat ke sesi latihan kerana ketagihan bermain permainan video. Masalah tingkah lalu Dembele menjadi isu utama di Barcelona dan kelab gergasi Sepanyol itu sedia menjual pemain tersebut pada musim sejuk ini.

Namun begitu, terdapat beberapa kelab ternama eropah yang berhasrat kendapatkan khidmat pemain tersebut dalam musim perpindahan akan datang.

Antaranya pasukan Arsenal yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Dembele selain pengurus Liverpool Jurgen Klopp juga tertarik terhadap pemain berusia 21 tahun itu.

Dembele perlu segera mengawal hobi barunya itu supaya ia tidak menjejaskan prestasinya di atas padang. Bagi anda yang juga yang memiliki minat terhadap permainan video, masih belum terlambat untuk mengawal ketagihan tersebut agar ia tidak mengganggu aktiviti harian anda.

Baca juga  Hukum menabung kaedah KUTU adalah HARAM
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini