Rahsia di sebalik kulit Manggis
Negara kita memang kaya dengan buah-buahan. Ada yang bermusim dan ada yang berbuah sepanjang tahun. Selain daripada rasanya yang sedap buah-buahan ini juga banyak khasiatnya kepada tubuh badan kita. Ia dikatakan mengandungi banyak vitamin dan mineral yang amat berguna untuk badan kita. Ia akan bertindak seperti makanan tambahan untuk menyokong dan menyediakan vitamin dan mineral yang mencukupi bagi badan.
Kalau sebelum ini kami ada menerbitkan artikel berkenaan dengan kelebihan buah durian, kali ini kami kongsikan artikel mengenai kelebihan dan khasiat buah Manggis pula.
Buah Manggis ni adalah buah yang biasanya berwarna ungu kehitaman apabila sudah masak dan berbentuk bulat. Ia ada pelbagai saiz. Warna sebelum ia betul-betul masak ialah hijau dan kemerahan. Buah yang biasanya berkongsi musim yang sama dengan durian ini rasanya sangat manis dan mengandungi banyak air. Jadi sesuai sangat lah ia berkongsi musim dengan durian yang bersifat panas.
Selepas makan Durian yang bersifat panas, sedikit sebanyak badan dapat disejukkan dengan memakan buah Manggis. Hebat ciptaan dan aturan Allah untuk yang mahu berfikir. Baru kita sedar apa hikmahnya Allah menjadikan musim Durian sama dengan musim Manggis.
Selain daripada isinya yang sedap dan mengandungi banyak air serta vitamin dan mineral penting, kulitnya juga berkhasiat dan sangat berguna dalam perubatan tradisional.
Berikut dalah antara khasiat kulit Manggis:
- Memberi tenaga
- Mencegah inflamasi
- Mencegah sakit urat saraf
- Mencegah ulcer
- Mencegah kemurungan
- Mencegah kegelisahan/panik/cemas)
- Mencegah kanser
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
- Awet Muda
- Membuang toksid dalam badan
- Membunuh kuman
- Mencegah kulat
- Mencantikkan kulit
- Membuang kolesterol dalam badan
- Untuk kesihatan jantung
- Mengurang tekanan darah tinggi
- Kurangkan gula dalam darah
- Kuruskan badan
- Cegah batu karang
- Mengimbangi seluruh badan
- Mempercepatkan proses kering bagi luka untuk pesakit Kencing Manis
Cara menggunakan kulit Manggis sebagai bahan untuk perubatan tradisional
- Ambil buah Manggis
- Kupas kulitnya
- Isinya yang enak boleh terus dimakan
- ambil kulit manggis yang sudah siap dikupas tadi, hiris macam asam keping dan jemur sampai betul-betul kering.
- Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.
- Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
- Untuk luka kencing manis ambil kulit manggis baru tumbuk tampal pada luka..luka cepat kering dengan izin-Nya
Jadi selepas ini jangan terus membuang kulit Manggis setelah di makan isinya. Buat macam disarankan di atas. InsyaAllah, masalah yang tersenarai di atas akan dapat diatasi. Namun segalanya adalah di bawah kuasa Allah. Yang perlu kita buat adalah berusaha, berdoa, dan bertawakkal.