Kita Lebih Disayangi Rasulullah.. Sedarkah Kita?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, “siapakah yang paling luar biasa imannya?”

Para sahabat menjawab, “malaikat,ya Rasulullah.”

Balas Rasulullah, “sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.”

Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, “para nabi, ya Rasulullah.”

Rasulullah berkata, “para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah.”

Para sahabat mencuba lagi, “kalau begitu kamilah yang paling beriman.”

Jawab Rasulullah, “aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.”

Lalu, salah seorang sahabat berkata, “kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui.”

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah bersabda, “Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia
adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku.”

Baca juga  Adab berjiran menurut Islam yang perlu kita beri perhatian

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, “sesungguhnya, aku rindukan mereka…😭😭

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Sayang rupanya Rasulullah kepada kita. Kita jer tak sedar dan tak ingat kat baginda. Lepas ni jom kita sama mengingati Rasulullah.. Macamana?

Caranya ialah kita berselawat banyak-banyak kepada Rasulullah. Tanda kita ingat kepada baginda. Satu selawat kita ucapkan kepada Rasulullah, 10 selawat Allah dan Malaikat ucapkan kepada kita. Itulah sebab orang yang rajin berselawat ni hatinya kuat..

Hari ni hari Jumaat. Antara amalan yang disyorkan untuk dilakukan pada hari ini ialah perbanyakkan selawat kepada baginda nabi SAW.

Salam Jumaat, penghulu segala hari. Jangan lupa cari waktu mustajab doa selepas waktu asar nanti…!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini