Hari ini, bersosial di media sosial adalah salah satu daripada aktiviti yang sentiasa dilakukan. Pada sesetengah individu, memuatnaik status terkini merupakan ‘kewajipan’ yang perlu dilakukan setiap hari.

Ada yang mengemaskini status untuk mewar-warkan aktiviti harian mereka, ada yang memuatnaik gambar sebagai perkongsian kepada saudara-mara dan kawan-kawan, ada juga yang ingin berkongsi kisah manis kejayaan yang mereka perolehi.

Isu salah faham tentang status kawan-kawan bukanlah isu baru. Empunya status memuatnaik sekadar berkongsi, tetapi ada yang salah ertikan kejayaan kawan mereka berjaya membeli rumah pertama.

Ada yang berkongsi dengan kami, jenis-jenis status di media sosial yang ada tujuan tersirat. Mungkin ya, mungkin tidak. Tepuk dada, tanya iman.

  1. Check in kat hospital siap snap gambar sambil ayat sendu2 suruh doakan anak, suami etc.. padahal nak bagitau check in kat Prince Court Hospital… pesakit pun cuma demam manja2 je.. Kata lah warded kat GH wad kelas 3, mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb kan.. huhu
  2. Snap gambar anak dalam umah dengan caption ‘alahai anak mama ni bla bla bla…’.. padahal nak tunjuk sofa, tv or perabot baru yg jadi objek latar belakangnya.. Yerla kalau tak buat macam tu orang tak tau kan.. Takkan semua orang nak jemput datang rumah..
  3. Syukur tak henti2.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyukk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. padahal nak orang tau betapa mewah atau kayanyer dia sekarang (sebenarnyer takde pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus lah sujud kepada Allah swt.. sesungguhnya Allah itu ada dimana2.. tak perlu guna fesbuk sebagai orang tengah!!
  4. Tangkap pic dalam kereta…eh pastinyer kena nampak stereng sekali.. Caption, biasala.. ‘Ala jam la jalan… gud morning semua.. letih la hari ni.. etc etc..’ Padahal nak tunjuk lambang kat stereng kereta tu.. Hello kalau bawak Lamborghini ke Porche ke ok la.. Setakat Honda, Toyota, Nissan dan yang sewaktu dengannya, rentikanlah dik !
  5. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahhh hari2 shopping, abes la duit i..’ atau ‘hmm I kalau bershopping mcm ni la..susah nak berhenti’… hahaha kelakar kan.. sebenarnya nak bagitau orang lain yang dia banyak duit boleh shopping hari-hari. Ade yang jenis siap snap gambo paper bag lagi, nak tayang brand.. nak lagi parah siap snap tanda harga.. kalau gitu sah lah, korang ade penyakit ‘CULTURE SHOCK’ !
  6. 24 hours duk update pasal anak dia.. anak dia la paling cerdik, anak dia la paling comey.. mcm orang lain takde anak.. takpun sibuk update pasal Laki dia.. Laki dia la yang paling kaya, laki dia la yang paling loving, laki dia itu laki dia ini.. hmm yunk memangla itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tanak tau setiap inci pasal keluarga awak!!
  7. Tangkap pic sendiri (mulut biasala muncung, herot segala bagai), dengan caption ‘muka tanpa mekap..mata panda letih tak cukup tdo bla bla bla…’ dengan harapan ade la orang lain komen.. “eh u still nampak comel la.. nampak muda la dari umur sebenar etc etc” hmm.. lu pikir la sendiri..Selalunya pompuan selfie muka kunun x mekap baru bangun tido. Caption “muka serabai x mndi lg. Walhalnya dah 2 jam belek muka & touch up supaya nmpak cantik au naturale. Dengan harapan org akan komen , “Eh cantik lah… baru bangun tido pon cantik”

Ini sekadar contoh…C.O.N.T.O.H…

Baca juga  Petua ini jarang diamalkan rakyat Malaysia untuk mengurangkan batuk dan selsema anak.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat.”Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah s.a.w?” Kemudian baginda s.a.w bersabda: ”Iaitu riak.””
(HR.Ahmad dan Baihaqi)

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini