Larangan merokok di premis makanan telah dikuatkuasakan bermula 1 Januari yang lalu, dan setakat ini keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan ini sedikit sebanyak mengurangkan tabiat merokok ketika orang ramai menjamu selera. Sekaligus memberikan keselesaan kepada pengguna lain.

Namun sejak dari hari pertama ia dilaksanakan pengharaman menghisap rokok ini juga mendapat kecaman segelintir perokok, dan ada diantara mereka yang berkeras untuk terus menghisap rokok seperti biasa biarpun poster larangan merokok telah tersedia di premis-premis makanan.

Bagi mengekang masalah ini menjadi lebih tidak terkawal, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan talian WhatsApp khusus untuk melaporkan kesalahan mereka ini.

Dimana pengguna yang dapat mengesan perokok yang masih berdegil, boleh menghantar bukti kesalahan, nama restoran, lokasi dan waktu kesalahan itu dilakukan ke nombor 010-8608949, atau sebagai pilihan lain mereka turut boleh melakukan panggilan terus ke talian 03-88924530.

Kedua-dua talian yang disediakan ini bukan sahaja terbuka kepada aduan perokok yang masih melanggar peraturan larangan merokok, malah pengguna turut juga boleh melaporkan restoran yang tidak meletakkan tanda larangan menghisap rokok di dalam premis.

Baca juga  5 Tips Paling Ringkas Diet Air Putih

Jadi kepada perokok sekalian, nampaknya usaha membanteras tabiat merokok di premis makan ini dilakukan secara besar-besaran. Jadi nasihat kami di OHSEMPOI, silalah patuhi undang-undang yang telah dikeluarkan. Ini bagi mengelakkan diri anda didakwa oleh pihak berkuasa sekaligus membebankan anda untuk membayar kadar denda yang dikeluarkan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini