Koleksi Baru G-Shock Sempena ‘Avengers: Endgame’


Filem Avengers: Endgame mendapat respon yang memberangsangkan daripada penonton-penonton di seluruh dunia. Malah, keterujaan untuk menonton filem ini ditunjukkan lebih awal apabila ramai dikalangan peminat ada yang berusaha mendapatkan merchandise khas bersempena dengan filem ini untuk dijadikan koleksi.

Tidak mahu ketinggalan dalam populariti ini, Casio merupakan antara nama besar yang turut mengorak langkah dalam mengambil kesempatan untuk melancarkan tiga model jam tangan G-Shock edisi khas Endgame. Dimana bagi setiap model mewakili tiga watak utama The Avengers iaitu Iron Man, Captain America dan Spider-man.

Model-model ini menggunakan kod model khas iaitu DW-5600SPIDER-1PR, GA-110CAPTAIN-2PR dan GA-110IRONMAN-4PR.

Untuk makluman peminat G-Shock tanah air, malangnya untuk mendapatkan koleksi jam G-Shock ini, anda terpaksa ke luar negara kerana buat masa ini ketiga-tiga model tersebut hanya ditawarkan di negara China sahaja.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini