Bawang merah merupakan bahan asas dalam masakan kita seharian. Rata-rata resepi menjadikan bawang merah sebagai ramuan menumis. Tanpa aroma bawang merah, masakan seakan tidak lengkap dan kurang bahan.
Memandangkan bawang merah menjadi bahan yang sering digunakan di dalam masakan utama di Malaysia, mahupun negara serantau, menjadikan bawang merah senang didapati di mana-mana kedai runcit dan pasaraya.
Kami pasti, ramai yang sebaik sahaja mengupas kulit bawang merah, terus dibuang ke dalam bakul sampah. Ramai yang masih belum mengetahui manfaat kulit bawang merah, terutama kepada tanaman.

Manfaat Kulit Bawang Merah.
Bukan hanya isi bawang merah yang menyedapkan rasa makanan, kulit bawang merah juga mempunyai kelebihan tersendiri. Kulit bawang merah berpotensi menyuburkan tanaman lain. Pendek kata, kulit bawang merah juga sesuai dijadikan baja.
Ada yang sudah berjaya menyuburkan pokok cili, pokok terung dengan hanya menjadikan kulit bawang merah sebagai baja. Yang masih belum ada pengalaman menggunakan kulit bawang merah sebagai baja, apa kata boleh mula mempraktikkannya mulai hari ini. Pokok subur, “poket” anda pun pasti lebih sihat.
Manfaat Kulit Bawang Merah Kepada Tanaman.
- Pokok akan menjadi lebih subur.
- Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru.
- Mempercepatkan proses keluar bunga dan buah dan juga membunuh hama serangga pokok.
Memang tak sangkakan dengan menggunakan kulit bawang anda dah boleh jimat duit dari membeli baja untuk pokok anda.