Salah satu pilihan untuk mereka yang membesar pada era 1990-an dalam mereka bentuk laman web adalah menggunakan Geocities. Melalui platform ini, mereka berpeluang untuk mereka laman web yang banyak menggunakan efek-efek unik HTML seperti butang timbul berwarna kelabu, animasi berwarna serta tulisan yang bergerak dari kiri ke kanan.

Mengimbau nostalgia masa lalu serta mengingatkan tentang binaan laman-laman web yang banyak direka sebegitu di zaman pengenalan reka bentuk laman web, pihak Marvel muncul memperlihatkan laman web rasmi Captain Marvel yang direka seakan-akan laman web 90-an.

Walaupun nampak seperti web yang direka oleh budak-budak noob, jujurnya bagi mereka yang pernah merasai pengalaman membina laman web sebegini pasti akan menabik spring dengan effort yang diberikan oleh pihak Marvel. Classic at its best.

Melalui laman web Marvel ini, anda dapat melihat bagaimana ianya dilengkapkan dengan warna latar belakang dan juga teks yang tidak sepadan, selain juga disediakan pemain multimedia yang oldskool dan juga ciri Guestbook yang sudah lama tidak kelihatan di laman-laman web moden.

Baca juga  Cara Yang Betul Simpan Stock Ubat Di Rumah
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini