Larangan Merokok Didalam Kedai Makan Dan Tiada Lagi Tempat Merokok Khas


Hanya berbaki 2 bulan setengah sebelum arahan larangan merokok di semua restoran dan premis di negara ini dikuatkuasakan. Bagi sesetengah perokok mungkin ini adalah berita buruk buat mereka, namun bagi majoriti rakyat Malaysia yang sebelum ini terpaksa rela menelan asap rokok perokok disekitar mereka, kini mereka mampu mengukir senyuman apabila bertandang kemana-mana premis makanan untuk menjamu selera.

Rokok diketahui umum sebagai salah satu asbab utama yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Dengan menghisap rokok, risiko untuk seseorang menghidap masalah kesihatan seperti sakit jantung meningkat berkali ganda.

Maka jika dilihat dari sudut positif, larangan yang dikeluarkan ini adalah satu tidakan yang sangat bagus kerana ia secara tidak langsung mendidik perokok supaya mengurangkan rutin tidak sihat mereka itu sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan. Untuk makluman jika seseorang perokok itu didapati bersalah masih merokok di premis-premis makanan, mereka boleh dikenakan denda sejumlah wang.

Meskipun begitu, walaupun larangan ini adalah dilihat satu langkah yang positif, masih ada pengusaha restoran yang mencadangkan supaya disediakan ruangan khas untuk perokok selepas penguatkuasaan larangan merokok itu dikuatkuasakan. Akan tetapi, berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, cadangan ini tidak dapat diterima kerana pihak kerajaan, kerana kesihatan orang ramai di tempat awam adalah perkara yang lebih penting untuk diberikan keutamaan.

Sebelum ini, kita dapat melihat larangan merokok hanya dilaksanakan dikawasan-kawasan restoran yang berhawa dingin. Akan tetapi bermula tahun hadapan keseluruhan kawasan restoran dan premis perlu mematuhi larangan yang sama.

Apa pendapat anda, selain daripada harga rokok yang semestinya akan sentiasa naik tahun demi tahun.. adakah dengan kewujudan larangan ini menjadikan sekarang adalah masa terbaik untuk anda berhenti merokok?


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini