LEGO Hasilkan Bugatti Chiron Yang Mampu Bergerak


Jenama LEGO bukan lagi nama asing dalam permainan mengasah minda. Ia mempunyai peminatnya yang sangat ramai sehinggakan terbinanya taman tema Legoland dibeberapa buah negara dimana salah satunya terletak di selatan tanah air, Johor.

LEGO, sebagai permainan yang sangat popular sering mencipta rekod-rekod dunia dengan ciptaan kreatif menggunakan bongkah-bongkah LEGO nya yang tersendiri.

Terkini, mencipta satu lagi rekod yang boleh dikatakan unik dan lain daripada yang lain, pihak LEGO telah membuka mata ramai apabila mereka kini menggunakan LEGO Technic boleh membina sebuah replika sportcar yang mampu dihidupkan dan dipandu dengan selamat.

Bugati Chiron, model kereta yang dijadikan inspirasi bagi projek ini berjaya dibina setelah menelan masa selama setahun dan 13,438 jam bagi menyiapkannya. Lebih menarik lagi apabila, sportcar tersebut boleh dipandu dengan kelajuan sehingga 20km/h.

Walaupun tidak dapat menyamai kelajuan Bugati Chiron yang sebenar (boleh mencecah kelajuan sehingga 420km/h), namun hasil kerja pihak LEGO menghasilkan replika ini masih lagi dianggap sesuatu yang mengagumkan.

Baca juga  10 Tempat Tuntut Khairat Kematian Yang Ramai Tak Tahu
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini