Setiap kali musim cuti sekolah pasti Legoland menjadi tarikan utama ibu bapa untuk membawa anak-anak untuk bercuti. Ini kerana disamping menjadi tarikan kepada kanak-kanak, Lego juga adalah permainan yang diminati golongan dewasa.
Legoland Malaysia yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad, dioperasikan oleh Merlin Entertainments Plc. Ia merupakan sebuah taman tema LEGO yang pertama dibina di Asia. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2012 diatas tanah yang berkeluasan 76 ekar di Johor, dan mempunyai kira-kira 15,000 model LEGO yang dihasilkan daripada 60 juta bongkah LEGO.
Namun disebalik berita-berita keseronokan tentang Legoland yang selalu didengar oleh orang ramai, baru-baru ini heboh dikatakan taman tema popular Malaysia ini dikaitkan dengan ura-ura tentang penjualan kepada pihak luar.
Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Bloomberg, pihak Khazanah Nasional Berhad dalam cadangan untuk menjual taman tema Legoland Malaysia ini berserta resortnya dengan nilai harga sekitar RM1 bilion termasuk hutang-hutang yang terkumpul.
Namun, ura-ura bukanlah satu berita yang sah. Kesahihan berita tentang penjualan taman tema ini masih tidak dimaklumkan secara rasmi daripada pihak Khazanah.
Baca juga: