Dakwaan bahawa Stanley Khoo hilang di Gunung Singai, Bau disembunyian Orang Bunian sama sekali tidak berasas… ~ ahli keluarga Stanley.
Penemuan stanley khoo, 22 yang hilang selama 7 hari di hutan Gunung Singai, Bau, Sarawak beberapa hari lepas pantas menjadi tular apabila dia dikatakan disembunyikan oleh Orang Bunian. Stanley yang dikatakan mengikuti seorang wanita cantik selepas wanita berkenaan menghulurkan sekuntum, membawa kepada kehilangannya.
Namun perkara ini pantas dinafikan oleh ahli keluarga Stanley dengan menyatakan bahawa Stanley tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. Keluarganya juga mempersoalkan dari sumber mana portal tempatan yang melaporkan kesah Stanley disembunyikan oleh Orang Bunian itu mendapat cerita.
Memang menarik cerita situasi macam ni jika dikaitkan dengan cerita makhluk halus. Pasti ia akan menjadi tumpuan ramai dan viral.
Namun keluarga Stanley sangat menghargai usaha penat lelah pasukan penyelamat yang membabitkan hampir 300 orang mencari dan menyelamatkan Stanley. Beliau juga menyatakan akan menjemput penyelamat terlibat untuk makan tengahari apabila semuanya kembali baik.
Stanley sempat menghantar lokasi dan video berdurasi 4 saat melalui applikasi WeChat sebelum hilang di dalam hutan tersebut pada Isnin lalu. Namun lokasi itu sebenarnya tidak tepat selepas dipadankan dengan peta sebenar. Ia tersasar ke luar kawasan gunungtersebut iaitu Kampung Tanjung Poting. Ini mungkin akibat daripada liputan telefon yang lemah.
Mungkin apabila sihat kelak, Stanley boleh cerita cerita yang sebenarnya..! Kita tunggu kenyataan daripada Stanley pula nanti.